بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kenali 3 Jenis Perangai Anak-anak Supaya Ibu Ayah Tak Perlu Jadi Singa | Setiap anak dilahirkan berbeza perwatakannya walaupun lahir dari rahim dan benih yang sama.
Masa kecil masih ok lagi kan kalau nak layan perangai yang berbeza ni... Tapi bila masuk usia 3 tahun ke atas.. Masa tu dah mula keluar perangai sebenar.. Masa ni kebanyakan ibu ayah mula jadi singa dan tarzan dah di rumah...
Sebenarnya, perangai anak-anak mudah dibentuk kalau kita kenali perangai dan sikap mereka yang sebenar.
Menurut ahli psikologi... Manusia ni ada 3 jenis perangai yang utama iaitu:
1. Jenis visual
2. Jenis kinestetik
3. Jenis auditory
1. Jenis visual
2. Jenis kinestetik
3. Jenis auditory
Ketiga-tiga jenis mempunyai cara dan sikap yang berbeza ketika mereka membesar dan belajar sesuatu dalam kehidupan seharian mereka.
Kenali 3 Jenis Perangai Anak-anak Supaya Ibu Ayah Tak Perlu Jadi Singa
Jom kenal anak kita dalam kategori mana...
Anak Jenis Visual
Nak tengok anak kita visual leaner ke tak ni senang je :
1. Cuba kita ajar anak kita sesuatu, cukup ke dengan cakap di mulut je? Kalau dia perlu kita demonstrasi atau tunjukkan cara di depan mata dia, tu antara tanda-tanda anak visual la ye.
2. Cuba tengok mata anak kita masa kita ajar dia sesuatu, anak mata dia pandang ke mana? Kalau anak mata tu selalu pandang ke atas seolah olah berkhayal ataupun fokus je pada pergerakan tangan atau lakaran kita, tu pun antara tanda-tanda anak visual.
3. Anak visual ni biasanya sangat suka membaca sebab dia suka tengok gambar, tulisan, carta, peta dan lain-lain
Tips : Nak asah bakat dan ajar anak visual ni jangan bebel je. Dia takkan dengar pun. Sesekali jelaskan dengan pergerakan tangan, lakaran di kertas ataupun tunjukkan depan dia tutorial nak buat sesuatu benda tu.
Anak Jenis Auditory
Cara Nak Ajar Anak Auditory
Kadang-kadang anak jadi susah nak faham pelajaran sebab kita sendiri tak kenal anak kita.
Bayangkan anak yang kinestetik kita ajar gaya auditory. Anak auditory pulak kita ajar dengan gaya visual. Memang jadi berkecamuk la minda anak kita sebab kita guna gaya belajar yang tak sesuai dengan dia ( incompatible ).
Jadi untuk anak auditory yang menggunakan deria pendengaran untuk menyerap ilmu di sekelilingnya, kita kena guna gaya auditory la ye.
Anak auditory ni lebih suka suasana yang sangat tenang tapi kadang-kadang mereka sukakan belajar sambil mendengar radio ataupun muzik .
Yang penting, untuk anak yang auditory, kita kena pastikan dia belajar sambil mengucapkan ataupun membisikkan apa yang dia tengah belajar. Boleh juga belikan anak kita audiobook ataupun pita perakam supaya dia boleh rakam apa yang dipelajarinya.
Boleh juga download video pembelajaran di Youtube dan convert kepada file Mp3. Anak auditory lebih cepat menyerap ilmu yang diajarkan bila dia mendengar apa yang diajarkan.
Anak Jenis Kinestetik
Kesian juga saya tengok ada anak yang dilabel nakal hanya sebab dia tak boleh duduk diam.
Si Ibunya pula kalau nak ajar si anak apa-apa mesti suruh si anak tu duduk dan fokus kat dia je. Bila anak macam bangun, bergerak sana sini dilabel la pulak anaknya sebagai anak yang tak fokus.
Wahai Ibu sekalian,
- Anak ni ada bermacam jenis gaya belajar ( learning styles ) sebenarnya dan tiap-tiap anak ada cara yang berbeza.
⏩ Anak anak yang belajar dan menyerap ilmu dengan pergerakan tubuh. Yang ni kita panggil sebagai anak Kinestetik.
⏩ Ada anak yang menyerap ilmu di sekelilingnya dengan fokus dan melihat pada apa yang dia pelajari. Yang ni biasanya anak yang Visual.
⏩ Ada juga anak yang bila dia tengah serap ilmu di sekelilingnya, dia akan mula berbisik ataupun bising. Bercakap sana sini. Kepoh juga dibuatnya. Kadang suka menyanyi. Tu namanya anak yang Auditorik.
Ada juga anak yang ada campuran Auditorik, Kinestetik dan Visual. Tugas kita bukanlah memaksa anak mengikut cara belajar kita. Tugas kita adalah mengajar anak menggunakan gaya belajar yang compatible dan sesuai dengannya baru la ilmu tu ditransfer dengan lebih cepat dan efisien.
#notaparentingTaufiqRazif
Kredit ilmu dari @NotaTaufiqRazif
Kesimpulan dari ilmu ni, MF sendiri dapat trace anak-anak MF mereka ni jenis apa...
Anak sulung MF jenis visual... Dia banyak belajar melalui penglihatan dan apa yang dia lihat...
Anak kedua MF jenis Kinestetik... Memang tak reti diam... Kalau nak ajar dia kena ada pergerakan juga..
Anak ketiga MF jenis auditory... Mudah dengar apa yang kita cakap... Bila kita cakap mudah ikut arahan dan faham...
3 anak, 3 perangai berbeza.. Pening juga... Tapi disebabkan dah faham ragam mereka ni... Dah boleh terima dah jika arahan tu sampai kepada sorang anak tapi tidak anak yang lain... Jadi, kena raikan perbezaan dan keistimewaan tu...
Anak korang jenis mana? Moga dengan panduan ni boleh faham dah perangai anak... Untuk mudah nak ajar dan duduk juga... Panduan ni berguna juga untuk para guru untuk kenal anak murid masing-masing...
Semoga bermanfaat...
diri sendiri jenis visual :D
BalasPadamnice sharing kak
BalasPadamMohon share
BalasPadam