بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Jangan suka-suka Cerita Mimpi Kita Kat Orang Lain | Mimpi, ada yang best ada yang tak best. Ada kata mimpi hanya mainan tidur... Tapi ada juga yang betul...
Bila dapat mimpi syok nak kongsikan kat Facebook kan.. Tapi tau dak perbuatan tu dilarang oleh Nabi?
Sumber: Google image |
Jangan suka-suka Cerita Mimpi Kita Kat Orang Lain
Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: "...jangan menceritakan mimpi yang kamu tidak suka kepada orang lain..."
Perintah Nabi ini banyak sekali di langgar oleh umat Islam kini, lebih-lebih lagi di nusantara. Buktinya ramai sekali di antara mereka yang;
1) Suka men-takwil mimpi,
2) Mencari-cari makna mimpi.
1) Suka men-takwil mimpi,
2) Mencari-cari makna mimpi.
Paling ketara apabila wujudnya ustaz-ustaz yang suka benar bercerita tentang mimpi di dalam kuliah. Dan ini amat-amatlah bertentangan dengan suruhan Nabi! Mereka (para ustaz) ini melaungkan slogan "Cinta Rasul" namun mengingkari arahan Rasul! Inilah yang dinamakan "Para Qussas" atau "Tukang Cerita" dalam agama.
Hatta Allah rekodkan di dalam al-Qur'an menyuruh hamba-hambaNya mengikut suruhan serta larangan Nabi. Firman Allah Ta'ala:
...وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)" - (Surah Al-Hashr, ayat 7)
Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ يَقُولُ لَقَدْ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا فَتُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ أَبَا قَتَادَةَ يَقُولُ وَأَنَا كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا تُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ;
الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ اللَّهِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يُحِبُّ فَلَا يُحَدِّثْ بِهِ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَلْيَتْفِلْ ثَلَاثًا وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ
Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Rabi' telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari 'Abdu Rabbihi bin Sa'id mengatakan; aku mendengar Abu Salamah mengatakan; 'Pernah aku bermimpi sehingga menjadikan diriku sakit, hingga aku mendengar Abu Qatadah mengatakan; 'Sungguh aku juga pernah bermimpi yang menjadikan diriku sakit, hingga aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Mimpi yang baik adalah berasal dari Allah, maka jika salah seorang diantara kalian bermimpi yang disukainya, jangan menceritakannya selain kepada yang disukai, dan siapa yang bermimpi yang tidak disukainya, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatannya dan dari kejahatan syaitan, dan hendaklah meludah tiga kali dan jangan menceritakannya kepada seorang pun, sebab yang demikian tidak membahayakannya." - (Sahih al-Bukhari > Kitab Ta'bir > Bab: Jika mimpi menakutkan, jangan khabarkan kepada yang lain)
Kaum-kaum terdahulu dibinasakan oleh Allah Ta'ala kerana menyelisihi Nabi mereka sendiri. Adakah umat masa kini tidak rasa gentar? Atau memekakkan telinga serta membutakan mata setelah datangnya peringatan kepada mereka??
Semoga Allah beri taufiq dan hidayah kepada kita semua.
والله علم
Kredit : Page Jalan-Jalan Cari Ilmu
Jadi, jangan suka-suka cerita mimpi kita kat orang... Dapat mimpi baik atau buruk doa je banyak-banyak... Kerana hanya Allah yang tahu makna di sebalik mimpi kita tu...
Syukran jazilan for the info. Lepas ni tak buat lagi dah..
BalasPadamOoo baru tahu, hehehe. Mai selalu share dengan Mak je selama ni, haha..
BalasPadamSetuju kak Maria. Mimpi adalah satu bentuk privasi yang perlu kita simpan untuk diri kita je. Semoga kita semua mimpi yang indah-indah semua. InsyaAllah. Aamin.
BalasPadam