GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Betul Ke Amal Pemakanan Seimbang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Betul Ke Amal Pemakanan Seimbang? | Pemakanan seimbang, tahu ke apa maksud pemakanan seimbang?.

Zaman sekarang ni, ada orang bijak pandai yang sangat ramai di media sosial. MF pernah tanya secara umum, produk atau supplements untuk ibu bersalin... Dalam banyak-banyak maklum balas tu, ada yang komen... "tak perlu makan supplements, cukuplah pemakanan seimbang" ada juga yang kata "saya tak ambil supplements sebab sayangkan buah pinggang, cukuplah amalkan pemakanan sihat dan seimbang."

Kita yang membaca maklum balas gitu sedikit terdetik di hati seolah kita ni tak sayang badan pula.

Apa pun, MF cuma survey tapi belum buat keputusan nak ambil supplements apa... Tapi tak sangka dapat jawapan begitu.

Betul ke zaman sekarang ada yang amalkan pemakanan seimbang?

Maksud Pemakanan Seimbang?

PEMAKANAN seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

Sumber : Google image 

Ciri-ciri Pemakanan Seimbang


1. Banyakkan makan buah-buahan

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah epal, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah ada banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan makan kekacang.

Kacang pea, kekacang adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh badan, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.


Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.


Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber: Sistem Guru Online 

Jadi, orang yang betul makanan sihat dan seimbang ni memang betul jaga pemakanan...

Tapi zaman sekarang, nak dapat makanan sihat pun payah.. Semuanya kena beli.. Bonus bagi yang dok kat kampung... Tapi kalau kat bandar... MF rasa perlunya juga ambil supplements yang jenis organic bukan sintetik...

Apa pun, semuanya atas diri sendiri... Tak perlu nak judge kehidupan orang lain kan... Tapi kalau dapat amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat tak perlu membazir duit beli supplements lagi... 

1Ulasan

  1. Pernah amalkan pemakanan seimbang. Tapi tak tahan lama pon. Nampak fast food laju je kaki masuk pergi kaunter dia hahahaha

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ