div id='header-inner'>

Wajib Letak Nama Muhammad Bagi Anak Lelaki?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wajib Letak Nama Muhammad Bagi Anak Lelaki? | Pernah ada yang bertanya mengenai keutamaan meletakkan nama Muhammad bagi anak lelaki. Kononnya akan dapat berkat dan kemasyhuran di akhirat kelak.

MF tak berani nak komen panjang, tapi selepas mencari info, dapatkan maklumat dari rakan-rakan yang arif... Sebenarnya tiada dalil pun mengenai keutamaan meletakkan nama anak dengan nama Muhammad atau Ahmad bagi anak lelaki.


Wajib Letak Nama Muhammad Bagi Anak Lelaki?


Tiada Keutamaan Khusus

Terdapat beberapa hadis yang tidak sahih bahkan maudhu’ (palsu) yang dinisbahkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai keutamaan bagi mereka yang bernama dengan nama “Muhammad”.  Bahkan sebahagian hadis tersebut memberikan ancaman bagi orang yang tidak mahu memberikan nama anak mereka dengan nama “Muhammad”.

Misalnya hadis palsu berikut:
مَنْ وُلِدَ لَهُ أَرْبَعَةُ أَوْلادٍ ، فَلَمْ يُسَمِّ أَحَدَهُمْ مُحَمَّدًا لَمْ يَدْخُلْ حُبُّ مُحَمَّدٍ قَلْبَهُ .
“Barang siapa yang mempunya empat orang anak kemudian tidak memberikan nama salah seorang dari mereka dengan nama ‘Muhammad’, maka tidak masuk rasa kecintaan kepada (nabi) Muhammad dalam hatinya.”

Kemudian hadits palsu berikut,
من ولد له مولود فسماه محمداً تبرّكّا به كان هو ومولودُهُ في الجنة
“Barang siapa yang mempunyai anak kemudian diberi nama ‘Muhammad’ dalam rangka mencari keberkahan, maka dia dan anaknya akan berada di surga”

Hadis di atas di nilai palsu oleh banyak ulama seperti Imam Adz-Zahabi dalam Talkhis kitab Al-Maudhu’aat, Ibnul Qayyim dalam Al-Manarul Munif , syaikh Al-Albani dalam As-Silsilah Ad-Dha’ifah dan ulama lainnya.

Bahkan hadits -hadits yang menceritakan tentang keutamaan bernama dengan “Muhammad” tidak sahih semuanya. Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah menjelaskan,

هذا الحديث مكذوب ، وموضوع على الرسول ـ صلى الله عليه وسلم ، وليس لذلك أصل في السنة المطهرة ، فكل ما جاء في هذا من الأخبار لا أساس لها من الصحة ، فالاعتبار بإتباع محمد ، وليس باسمه ـ صلى الله عليه وسلم ، فكم ممن سمي محمداً وهو خبيث ؛ لأنه لم يتبع محمدا ولم ينقد لشريعته ، فالأسماء لا تطهر الناس ، وإنما تطهرهم أعمالهم الصالحة ، وتقواهم لله ـ جل وعل ـ
“Ini adalah hadis dusta dan palsu, bukan perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bukanlah termasuk sunnah yang suci. Semua hadis-hadis mengenai hal ini (keutamaan bernama dengan ‘Muhammad’) tidak ada dasarnya untuk dikatakan sahih. Yang menjadi keutamaan adalah mengikuti ajaran nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bukan mengikuti namanya. Betapa banyak orang yang bernama Muhammad akan tetapi kelakuannya tidak baik kerana tidak mengikuti ajaran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak patuh terhadap syariat. Nama tidak mensucikan orang, yang mensucikannya adalah amal shalih dan takwa kepada Allah.”[Sumber: http://www.binbaz.org.sa/mat/337]

Adapun hadis sahih Bukhari-Muslim berikut,

سَمُّوْا باسمي ولاتَكَنَّوْا بكنيتي، فإني أنا أبو القاسم
“Silakan memberi nama dengan namaku, namun jangan ber-kun-yah dengan kun-yah-ku. Kun-yah-ku adalah Abul Qasim”[ HR. Bukhari 3114, Muslim 2133]

Ulama menunjukkan hanya kebolehannya saja kerana setelahnya ada larangan agar tidak bernama dengan nama kun-yah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Apa itu kun-yah?

Kunya (Arab: كنية‎; kuniyah) atau kunyah, adalah sebuah nama panggilan yang biasa digunakan oleh masyarakat Arab untuk panggilan kehormatan atau gelar kepada seseorang, sebagai pengganti atas nama asli orang tersebut. Bentuk nama kunya adalah seperti "abu" ("abi") dan "ibnu" untuk laki-laki, dan "ummu" dan "bintu" untuk perempuan, dan kemudian ditambahkan nama anak laki-laki pertamanya, atau bisa juga ditambahkan mengenai kebiasaannya. Sebagai contoh, Presiden Otoritas Palestina Mahmoud Abbas memiliki nama kunya Abu Mazen (ayah dari Mazen); sedangkan sahabat nabi yang terkenal bernama kunya Abu Hurairah (bapak kucing), sesungguhnya bernama Abdur Rahman bin Shakhr.[Sumber:Wikipedia Indonesia]

Termasuk sunnah memberikan nama anak dengan nama Nabi dan orang solih

Memang orang yang bernama “Muhammad” tidak memiliki keutamaan khusus. Akan tetapi bagi orang tua hendaknya bersemangat memberikan nama anak-anak mereka dengan nama Nabi dan orang soleh. Kerana ini adalah contoh dari para sahabat, ulama dan merupakan sunnah. Merupakan sunnah memberi nama dengan nama para nabi terlebih nama nabi kita yang mulia “Muhammad” shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Imam Bukhari rahimahullah membuat bab dalam sahih Bukhari
باب من تسمى بأسماء الأنبياء
“Bab (anjuran) memberi nama dengan nama para nabi”

Demikian juga Imam Muslim membuat bab dalam sahih Muslim
مسلم باب التسمي بأسماء الأنبياء والصالحين
“Bab (anjuran) memberi nama dengan nama para nabi dan orang-orang salih”

Kemudian Imam Muslim membawakan hadits,

عن المغيرة بن شعبة. قال: لما قدمت نجران سألوني. فقالوا: إنكم تقرؤن: يا أخت هارون. وموسى قبل عيسى بكذا وكذا. فلما قدمت على رسول الله صلى الله عليه وسلم سألته عن ذلك. فقال (إنهم كانوا يسمون بأنبيائهم والصالحين قبلهم).

Dari Mughirah bin Syu’bah ia berkata : Ketika aku tiba di Najran, orang-orang bertanya kepadaku : ”Apakah engkau memahami ayat ”Hai Saudara perempuan Harun” (QS. Maryam : 28) sedangkan Musa itu hidup jauh sebelum jaman ’Isa. Apakah maksudnya begini dan begini ?”. Setelah aku bertemu dengan Rasulullah shallallaahu ’alaihi wa sallam dan menanyakan tentang hal tersebut, maka beliau menjawab : “Kebiasaan mereka pada waktu itu memberi nama seseorang dengan nama para nabi atau orang-orang shalih sebelum mereka”.[ Muslim no. 2135]

Hal ini dijelaskan juga oleh Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau berkata,

قال سعيد بن المسيب: أحب الأسماء إلى الله أسماء الأنبياء، وفي تاريخ ابن أبي خيثمة أن طلحة كان له عشرة من الولد كل منهم اسم نبي وكان للزبير عشرة كلهم تسمى باسم شهيد.

“Berkata Sa’id bin Musayyib: Nama yang paling dicintai Allah adalah nama para Nabi. Dalam kita sejarah dijelaskan bahwa sahabat Thalhah mempunyai sepuluh anak dan setiap anak bernama dengan nama nabi. Sahabat Az-Zubair juga memiliki sepuluh anak dan dinamakan dengan para syuhada."[ Tuhfatul Maudud hal. 128, Maktabah Darul Bayan, cet. I, Damaskus, Syamilah]

Sumber: https://muslim.or.id/25000-adakah-keutamaan-khusus-orang-yang-bernama-muhammad.html

Penggunaan nama Muhammad oleh Bounda Nour

Alhamdulillah atas keperihatinan Puan untuk adakan yang terbaik buat anak...
Memang kami di page ini ada di maklumkan memang ada beberapa asatizah / pendakwah bebas dengan terang menyatakan di kaca2 TV bahawa anak2 lelaki perlu (saya kurang pasti perkataan yang di gunakan.perlu, wajib, harus atau lain perkataan) diletakkan Muhammad di hadapan...
Suka saya kongsikan di sini, sejauh ini tidak ada satu pun bukti bahawa ianya adalah satu kewajipan. Malah tidak ada nas atau dalil yang menyatakan siapa yang tidak ada Muhammad akan payah di bangkitkan....
Untuk lebih mudah, kita sebagai orang awam untuk faham, Mari kita sama2 singkap sejarah yang sangat simple...
Nabi di angkat menjadi Nabi setelah kahwin...
Betul?
Nabi menjadi ayah juga setelah menjadi nabi dan mendapat wahyu dari Allah...
Betul?
Setiap kesilapan atau kesalahan Nabi akan Allah tegur secara langsung melalui wahyu...
Betul?
Sekarang, cuba kita lihat...
Anak2 nabi ada 7 orang...
1. Qassim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyyah
6. Faatimah
7. Ummu Kalthom
Cucu nabi yang mayshur dalam sejarah?
1. Hassan
2. Hussein
Jadi.... Kalau betul nama tanpa Muhammad akan menghadapi kesukaran ketika hari kebangkitan
- Nabi tak mahu anak dn cucu baginda di mudahkan urusannya ketika di bangkitkan ke?
- Allah tak sayang nabi ke, sampai biarkan SEMUA nama anak2 dan cucu baginda tanpa Muhammad dan Allah tak tegur?
Nabi setakat bermasam muka dengan orang buta sahaja, yang urusan bermasam muka TIDAK di sebut hingga mengganggunurusan kebangkitan Allah tegur terang2 dalam surah عبس وتولي
Mungkin ada yang kata "oh anak cucu nabi, ada keistimewaan...jadi, tak perlu Muhammad pun urusan kebangkitan akan di mudahkan"
Bererti orang ini kurang menelaah sejarah...
Nabi pernah kata, Jika Faatimah mencuri, aku akan potong tangannya...
Bererti?
Tidak ada special treatment atau kroni atau favourtism yang diberi kepada keluarga baginda
Malah, nabi sendiri sakit, demam yang membawa kewafatan...nabi di sihir..
Dan...
Beratus ratus, malah beribu2 sahabat, tabi' yang lahir sewaktu nabi menjadi nabi...
Tapi, adakah nabi arahkan mereka untuk meletakkan nama Muhammad pada awal nama mereka?
Tidak
Adakah nabi suruh tukar nama bagi mereka yang namanya tidak mempunyai Muhammad di hadapan?
Tidak
Dan jika kita lihat, yang menamakan anak panjang2 lebih dari satu perkataan adalah orang2 kita...
Orang arab, contohnya yang bernama Muhammad Saalim Huwaisal Al Habsi bererti namanya adalah Muhammad Bin Saalim Bin Huwaisal
Muhammad - nama di beri
Saalim - nama bapa
Huwaisal - nama atuk
Al Habsi - nama keturunan
Tapi...
Mungkin yang dimaksudkan dengan mesti/perlu ada Muhammad, jika namanya tidak ada ciri2 Islam atau bunyinya seperti bahasa lain..
Contoh....
John...
Jadi utk elakkan kekeliruan, Muhammad John, jadi orang tahu, anak itu beragama Islam
Aaron
Jadi, untuk elakkan kekeliruan, di letakkan Muhammad Aaron
Wallahu'alam

Kredit : Group NNIYB

Kesimpulannya:
Takde dalil sahih mengenai penggunaan nama Muhammad atau Ahmad itu sesuatu yang diwajibkan dalam menamakan anak lelaki. Adik beradik lelaki MF pun takde yang nama Muhammad.
Tapi kalau nak letak dipersilakan.. dan jangan pertikaikan orang yang tiada nama Muhammad dihadapannya.
Lagi satu, bila dah letak nama muhammad tu panggil lah dengan nama Muhammad... Jangan disingkatkan dengan nama "Mamat" kerana Mamat atau Mat itu maksudnya "MATI".
Biasakan panggil nama anak-anak kita dengan nama panggilan yang betul... Sebab tu kalau bagi nama anak, fikirkan juga apa orang akan sebut dan mudah sebut supaya tak jadi maksud yang tidak baik.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. bagi ida..beri nama anak dengan maksud yang baik.sbb nama tu main peranan utk sifatnya..allahuahlam..

    BalasPadam
  2. Tq atas infonni mmg betul2 berguna

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)