div id='header-inner'>

[Review] Diapers Genki Murah Tapi Berkualiti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila ada anak, sememangnya segala pasal barang baby dan anak kita akan survey di pasaraya sama ada online atau offline.

Salah satunya lampin pakai buang... Orang kita biasa panggil pampers... Sedangkan pampers ni juga satu jenama Diapers yang pernah popular satu zaman dulu.. Sebab semua jenis lampin pakai buang orang kita panggil pampers. Tapi sekarang ni pampers dah tak de dijual Kat Malaysia.... Tapi kalau nak beli boleh beli online di Lazada.

OK.. Bukan nak citer bab tu... MF cuma nak kongsikan satu jenama diapers yang MF rasa masih baru di Malaysia.. Sebab sebelum ni macam tak muncul sangat Kat mana-mana.. Tapi jenama ni muncul seiring dengan jenama lain juga baru-baru ni.

Diapers jenama Genki, satu diapers jenama dengan teknologi keluaran Jepun... Menjadikan Genki satu diapers yang berkualiti tinggi tapi dengan harga murah.

Sebelum ni MF pernah guna diapers jenama MamyPoko... Tapi sebab MamyPoko boleh dikatakan jenama yang ranking paling baiklah dengan harga yang boleh tahan juga.. Jadi, dengan kegawatan sebab harga minyak naik.. Jadi mencari alternatif lain untuk si anak nih..

Akhirnya kami cuba jenama Genki ni.. Sebab harganya yang sedikit murah.. Jika dibandingkan dengan jenama Merries, Genki lagu murah...

Selepas cuba pada Anak... Alhamdulillah serasi... Tebal dan tak mudah bocor serta tahan hingga 12 jam.. Sama macam MamyPoko.. Cuma mamypoko memang takde tandingan dari segi kualiti dan designnya... MF suka dengan jenama MamyPoko sebab designnya yang kemas dan kualiti serapannya... Padan la dengan harga...



Tapi.. Jika nak murah, sekarang ni Genki adalah pilihan terbaik.. Anak MF pakai saiz L sebanyak 62 keping dengan raking harga antara RM30 hingga RM39 bergantung pada tempat juga la... Tapi kalau ada jual yang lebih murah secara online memang tak lepas peluang la beli...




Jadi, tak toleh lain.. Genki antara jenama kedua terbaik selepas MamyPoko bagi MF.. Harga mampu milik dan berbaloi-baloi...

Sebelum ni pakai Drypers tapi a drypers dah low quality la... Jadi, tu yang ubah ke jenama lain.. Sebelum ni memang MF pengguna setia Drypers.. Tapi lepas dia upgrade kualiti.. Tapi sebenarnya makin teruk... Terus dh tak beli melainkan Drypers Classic je.

Itulah, dh jadi mak bapa ni kena rajin sikit buat survey barangan anak... Untuk Lebih Jimat bukan nak berkira.

Jadi, MF genki ni pun sebab kualiti dan anak tak alergi.. Tapi kalau ada diapers yang lebih murah dan anak pun takde kesan alergi.. Guna je la yang murah...

MF cuma share pengalaman Guna jenama ni... Mungkin membantu ibu bapa yang tengah nak berjimat dengan barangan anak...

Semoga bermanfaat.... 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Saya pakai genki jugak sekarang untuk anak tapi jenis pants. So far ok je semua cumanya semalam malam ade terbocor sikit. pakai tak lama pun dalam 3 jam macam tu tapi mungkin sebab anak minum banyak air semalam. terbocor pulak. habis kena baju suami

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)