GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cucur Jagung Rangup di Luar Lembut Gebu di Dalam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cucur Jagung Rangup di Luar Lembut Gebu di Dalam | Jagung antara buah feveret MF. Sebab boleh buat pelbagai resepi...

Nak buat puding, kek, biskut, rebus, bakar, lepat, bubur... Dan tak terkecuali buat cucur atau cekodok.

Paling mudah buat cekodok la... Tapi biasa cekodok jagung ni... Bila sejuk jadi keras sikit.. Tapi kali ni MF olah resepi asal untuk jadikan cucur jagung gebu dan lembut walaupun dah sejuk.


Resepi Cucur Jagung Lembut  dan Gebu


Bahan-bahan :

Isi jagung
1 sudu kecil yis Mauritania​
3 sudu tepung gandum
2 sudu gula
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam
Air sejuk

Cara membuatnya :


  1. Bancuh yis dengan air suam dan biarkan kembang
  2. Masukkan kesemua bahan dan gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan yis yang kembang tadi dan gaul hingga sebati dan sekata. Jangan pekat sangat dan jangan lembik sangat. Agak-agak sendiri lah ye...
  4. Biarkan dalam 15 minit sebelum menggoreng.
  5. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  6. Nak bentuk bulat sebaiknya buat guna tangan bukan guna sudu...

Hasilnya, cucur jagung tadi akan rangup di luar tapi lembut gebu di dalam.

Mudah aje caranya, cuma upgraded sikit dari resepi biasa.

Selamat mencuba...

0Ulasan