GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jom Ketahui 20 Jenis Binatang dan Makanan Yang Haram Kita Makan Menurut al-Quran dan Hadis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jom Ketahui 20 Jenis Binatang dan Makanan Yang Haram Kita Makan Menurut al-Quran dan Hadis | Mungkin ada yang tahu, ada yang tak tau.. jenis binatang dan makanan yang haram kita makan. Ada juga makanan tu asalnya halal tapi jadi haram atas sebab-sebab tertentu...

Jom tambah ilmu...


20 Jenis Binatang dan Makanan Yang Haram Kita Makan Menurut al-Quran dan Hadis


1. Makanan Yang Buruk dan Jijik

Makanan buruk adalah setiap makanan yang dianggap jijik oleh jiwa manusia yang normal. Dalilnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

..dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (Al-A'raf: 157)

Jadi, makanan yang halal tapi dirupakan dalam bentuk yang jijik seperti kek bentuk najis dan sebagainya itu haram kita makan sebab kita tengok pun jijik.


Terdapat sepuluh perkara yang haram dimakan oleh manusia dan ia berdasarkan kepada nash Al-Qur'an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. (Al-Ma'idah: 3)

2. Bangkai
3. Darah yang mengalir
4. Babi
5. Binatang yang disembeli selain kerana Allah
6. Mati tercekik
7. Mati dipukul
8. Mati jatuh tempat tinggi
9. Mati ditanduk
10. Mati dimakan binatang buas kecuali sempat disembelih.
11. Binatang yang disembelih atas nama berhala
12. Binatang yang digunakan untuk merenung nasib



13. Makanan yang berubah menjadi najis.

Diharamkan memakan sesuatu yang sudah berubah menjadi najis. Sebab Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam pernah ditanya mengenai lemak di mana seetor tikus jatuh he dalamnya. Baginda menjawab:

Buanglah ia (lemak) dan juga sekelilingnya (yang disentuh tikus). Setelah itu, makanlah saki-baki lemak kamu itu. (Hadith riwayat Al-Bukhari: 235, 236, 5540, Ahmad: 26256, Abu Daud: 3841 dan selain mereka itu)

14. Haram makan racun

Diharamkan memakan racun. Sebab Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Al-Nisa': 29)


Rasulullah Shallallahu wasallam bersabda:

Sesiapa merasai racun lalu membunuh dirinya, maka dia akan menjilat racun yang berada di tangannya itu di dalam neraka Jahannam. (Hadith riwayat Al-Bukhari: 5778, Muslim: 109, Ahmad: 7399, 9839 dan selain mereka itu)


15. Sesuatu yang dianggap jijik

Diharamkan memakan sesuatu yang dianggap menjijik­kan, seperti ludah, hingus, peluh, mani, kotoran binatang dan kutu. Dalilnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk (Al-A'raf: 157)


16. Makanan yang memudharatkan.

Diharamkan memakan sesuatu yang boleh membawa kepada mudharat. Dalilnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)(Al-Baqarah: 195)

Berdasarkan dalil ini, makanan yang halal akan jadi haram kita makan jika kita tahu makanan itu memudharatkan. Sebagai contoh, wanita dalam pantang haram makan makanan yang memudharatkan dirinya walaupun sebenarnya makanan tu halal.. Sama juga dengan orang yang ada penyakit seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya... ada makanan tertentu dia kena pantang... Wajib dia berpantang dan haram makan makanan yang boleh memudharatkan dirinya sendiri.

17. Daging yang dipotong dari binatang yang masih hidup.

Diharamkan memakan daging yang dipotong dari binatang yang masih hidup. Dalilnya sabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam:

Bahagian anggota binatang yang dipotong tatkala ia masih hidup adalah dianggap sebagai bangkai. (Hadith riwayat Ahmad: 21396, 21397, Abu Daud: 2858, At-Tirmidzi: 1480 dan Ad-Darimi: 2018)

18. Daging Keldai dan Baghal 

Diharamkan memakan daging keldai dan baghal. Dalilnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (An-Nahl: 8)

19. Binatang yang patut dibunuh

Di haramkan memakan daging binatang yang diperintahkan oleh agama untuk membunuhnya. Dalilnya sabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam:

Ada lima ekor binatang yang termasuk binatang merbahaya dan ia mesti dibunuh sama ada Tanah Halal mahupun di Tanah Haram, iaitu: burung gagak, burung helang, kala jengking, tikus dan anjing ganas. (Hadith riwayat Muslim: 1198, Ahmad: 24140, 24390, An-Nasa'i: 2881, 2882 dan selain mereka itu)

20. Binatang yang dilarang membunuhnya. 

Diharamkan memakan daging binatang yang dilarang oleh agama untuk membunuhnya. Dalilnya hadith berikut ini:
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada membunuh empat jenis haiwan, iaitu: semut,, lebah, burung Hud-Hud dan kera. (Hadith riwayat Ahmad: 3057, 3232, Abu Daud: 5267, Ibnu Majah: 3224, Ad-Darimi: 1999 dan rujuk Al-Misykah: 4145)

Hadith lain menegaskan:
Rasulullah Shallallahu wasallam melarang daripada membunuh katak. (Hadith riwayat Ahmad: 15330, Abu Daud: 3871, An-Nasa'i: 4355, Ad-Darimi: 1998 dan rujuk Al-Misykah: 4545)

Jadi jelaslah.. binatang yang haram dimakan... Nampak macam banyak tapi sebenarnya yang halal dimakan tu lebih banyak. Antaranya makanan laut, daging binatang ternakan dan sebagainya.

4Ulasan

  1. baru tahu, kera tak boleh dibunuh la pula ...

    BalasPadam
  2. Haiwan yang tersenarai haram memang jijik juga untuk dimakan..

    Baru tahu juga semut tidak boleh dibunuh sesuka hati

    BalasPadam
  3. terima kasih, info yang sangat berguna.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ