div id='header-inner'>

Iktibar dari Kes Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Iktibar dari Kes Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah | Semalam kes kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah di Keramat mula terdedah sedikit demi sedikit... Mulanya ingat hanya kes kebakaran biasa, namun bertukar kes jenayah yang luar biasa...

Sebutan kes dan kronologi kes, wajah suspek muka berlegar di Facebook dan whatsapp...

Netizen mula mencemuh... Memaki hamun suspek dan juga ibu bapa. Tak kurang juga yang menyalahkan pihak sekolah, guru dan kerajaan juga.. Allahu..

Mudahnya kita menuding jari.. Mudahnya jari kita 'berlari' di atas papan kekunci untuk meluahkan rasa hati..

Tapi sedar tak kita yang kes ini musibah dari Allah untuk kita..

Iktibar yang perlu kita ambil. Kita fikir, kita renungkan....



Keselamatan

Masa memula kes ini terjadi, kebakaran akibat terperangkap... Kerana bangunan atau hanya satu pintu dan tiada alat pemadam kebakaran...

Itulah pengajaran... Alat itu bukan patut ada di sekolah... Tapi MF sendiri mula fikir nak membelinya untuk diletakkan di rumah sendiri juga... Penting di saat tak terduga...

Risiko kebakaran ada di mana-mana..

Bila kes ini bertukar kepada kes jenayah... Lagi banyak perkara kita perlu renungkan...

Ibu bapa

Mana peranan kita.. Melahirkan anak mudah, tapi mendidiknya itu satu amanah yang berat....

Gagal kita, menjawab lah di akhirat sana...
Hentikan sikap lepas tangan bila anak semakin dewasa...
Anak semakin liar, jangan salahkan anak 100%, tapi muhasabah diri... Mana dosa kita yang tak terampun lagi...
Anak-anak cerminan kita...
Jangan asyik berlumba nak tambah anak...
Jika anak masa kecil kita timang, belai dan beri cukup perhatian... Bila dewasa perhatian itu lebih lagi sepatutnya...
Jangan serahkan tanggungjawab itu pada orang lain... Tapi anak itu tanggungjawab kita...
Pedulilah dengan anak sendiri...
Dengan siapa dia berkawan... Bila remaja, ibu bapa MESTI jadi sahabat rapat kepada anak sendiri...
Jangan mengata anak orang lain... Jika kita sendiri punyai anak...
Jangan rasa harta sudah cukup untuk kesenangan anak kita... Jika kasih sayang dan perhatian kepada mereka kita sia-siakan...

Masyarakat

Hentikan menuding jari... Tanya diri sendiri.. Apa peranan kita...

Renungkan tulisan ini...
Berhampiran Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat pasangan muda bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah.
Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.
Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Lalu mereka tegur. Namun teguran itu akhirnya membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.
Semalam, aku sedapkan hati dengan teori Tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun tersalah. Nampak juga rasionalnya.
Sebentar tadi, polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?
Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!
Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibubapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!
Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibubapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk didiami.
Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibubapa mereka? Tahap pendidikan?
Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibukota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.
Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh ini juga adalah mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak disertai dengan membangunan insan.
Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di whatsapp dan facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat?
Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.
Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki.
Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.
Kita tinggal kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-lama ia jadi kebiasaan. Kita terima ia dengan menganggap ini kebiasaan anak muda di tempat ini.
Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri.
Kita tu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, penggubal dasar, ustaz, ustazah, guru hinggalah Perdana Menteri.
Jika hal semacam ini tak mampu untuk menyedarkan kita betapa teruknya generasi yang telah kita bina dari sistem yang sedia ada, maka jangan pelik ia akan berulang kembali.
Ketika itu, kita akan nampak betapa bodohnya kita tak belajar dari pengalaman, tak berbuat apa-apa untuk membina generasi baru dalam negara, hanya pandai beri komen, lebih sudu dari kuah!
Sungguh, negara ini sudah layak untuk digelar sebagai #NegaraMurai!
Bak kata Tuan Fdaus Ahmad, "Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap syabu. Padan muka kita!"

Tulisan ini tidak dinyatakan siapa penulis asal... Tapi MF dapat di Telegram Group...
Tapi tepat sangat apa yang dinyatakan dalam tulisan ini..  Hentikan budaya Bangau Oh Bangau!

Sama-samalah kita mainkan peranan....


Anak kita semakin tenat!

Anak kita semakin tenat... Tenat kerana rosak akidah, rosak akhlaknya...

Semakin jelas depan mata... MF tak mampu nak kata apa.. Sebab diri sendiri ada anak.. Tapi masing-masing muhasabah diri... Bila lihat anak begitu, cepat-cepat istighfar...

Pernah lihat depan mata...
Anak sekolah rendah tunjukkan penumbuk pada pemandu di jalanan kerana menghalang dia berbasikal.

Pernah lihat anak remaja membonceng motosikal berdua...

Pernah lihat depan mata, tilam buruk di tengah hutan sebagai tempat pemuas nafsu durjana....

Pernah juga sampai ke telinga... Teman lelaki yang keduanya masih bersekolah, datang berjemput di rumah untuk keluar dating bersama...

NAK salahkan siapa?
Ini semua salah kita... Kerana jika kita masing-masing berperanan... Insha Allah.. Allah tak kan turunkan bala ini kepada kita...

Fikir lah... Bukan salah sesiapa... Tapi salah kita yang sombong hingga menyebabkan Allah murka...


Peranan sebagai blogger, 

Jadilah blogger yang bermanfaat untuk masyarakat... 
Jadilah blogger yang berilmu untuk orang lain... 
Jadilah Blogger yang berterusan sedarkan diri dan masyarakat... 

Bukan blogger yang hanya tahu melagakan orang... 
Bukan blogger yang hanya tahu kejar ranking untuk kepentingan diri... 
Bukan blogger yang tahu mengaibkan orang lain... 
Bukan blogger yang hanya tahu menulis gosip dan umpatan orang.... 

Kita semua jadilah penulis Blogger yang berilmu dan bermanfaat untuk diri dan orang lain...

Renungkanlah dan muhasabah diri bersama....

Catat Komen

2 Ulasan

  1. terima kasih MF untuk teguran ini.. sebak bila membaca..

    BalasPadam
  2. kite setuju dgn mf...ingat mengingati sesame kita. Allahuakbar. Sampai ke hari ni, sebak tak habis lagi :-(( Al fatihah

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)