div id='header-inner'>

Asam Pedas Ikan Goreng

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Asam Pedas Ikan Goreng | Ikan selar kuning tak banyak resepi yang boleh dibuat dengan ikan ni... MF lebih suka ikan kembung sebab isinya yang lemak manis... Tapi ikan kembung ni gatal bagi yang alah...

Selain goreng, ikan selar kuning sedap buat asam pedas... Cuma MF suka buat asam pedas goreng...

Tak banyak beza dengan asam pedas biasa... Cuma ikan tu digoreng separuh masak sebelum dimasak asam pedas.

Tak banyak beza resepi asam pedas ni.. Bahan yang mudah dan murah.. Tapi mungkin yang menjadikan sesuatu resepi tu lain rasanya ialah perbezaan cara memasak...

Jadi, MF nak kongsi kan cara MF masak asam pedas ikan goreng..

Resepi Asam Pedas Ikan Goreng


Resepi Asam Pedas Ikan Goreng

Bahan-bahannya:


  • Ikan selar kuning yang digoreng separuh masak.
  • Bawang putih dan bawang besar yang di kisar halus
  • Cili kisar
  • Tomato dibelah enam
  • Air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Daun kesum
  • Garam dan gula sebagai perasa


Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang yang di kisar halus hingga naik bau. 
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air... Biarkan seketika hingga mendidih...
  3. Masukkan air asam jawa dan didihkan dalam 1 minit
  4. Masukkan ikan dan daun kesum, biarkan masak seketika...
  5. Akhir sekali masukkan tomato, garam dan gula... Biarkan mendidih sebati dalam 3 ke 5 minit sebelum dihidangkan...


Simple je menu ni... Cuma MF buat kelainan goreng dulu ikan... Kelebihannya.. Ikan tak mudah hancur dan rasanya lebih manis...

Ada cara masak asam pedas tak bertulis... Terpulang kepada cara masing-asing... Tapi kedua cara ni ada beza dari segi rasanya... Dan MF lebih suka cara bertumis...dan kuah pekat....

Sesiapa nak mencuba dipersilakan...

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Sedap.. selera tengok. Selain buat makan tengah hari atau malam, sedap juga buat cecah makan dengan lempeng atau cucur waktu petang2. Best :)

    BalasPadam
  2. Salam singgah sini sis...sedapnya....ada masa nak cuba resepi ni ya....

    BalasPadam
  3. wahhh boleh try ni..selama ni tak pernah goreng dulu ikannya..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)