بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
9 Cara Berkesan Kejut Anak Bangun Pagi | Kejut anak bangun pagi.. Satu cabaran buat mak ayah.. Ada yang jadi tarzan pepagi kan... MF memula cam tu juga... Tapi lama-lama biasa..
Tapi ada beberapa cara MF buat untuk mudahkan anak bangun pagi dan memang 9 cara berkesan kejut anak bangun pagi... Alhamdulillah...
1. Makan awal malam
Beri anak-anak makan malam awal sedikit sekitar pukul 7 malam atau selepas maghrib. Bagi makan kenyang-kenyang supaya tidur lena...
2. Kurangkan aktiviti malam
Kurangkan aktiviti yang aktif sebelah malam. Kalau boleh pukul 9 tu dah tutup televisyen. Boleh baca buku atau siapkan kerja sekolah. Macam MF jarang layan TV waktu malam kecuali malam minggu selepas anak tidur.
3. Masuk Tidur Awal
Masuk tidur awal. Kalau MF jam 9 paling lewat masuk tidur. Memang kerahan masuk ke bilik selewat-lewat jam 9 malam... Malam hujung minggu lewat sikit hingga jam 10 malam.
4. Latih sedari awal dan jadikan rutin harian
Jadikan sebagai rutin. Jangan biarkan anak tidur tak tentu masa. Sebelum tidur tu pesan pada anak supaya esok dapat bangun dengan mudah bila kita kejutkan. Training dari awal... Jangan anak dah nak sekolah baru nak training... Boleh... Tapi makan masa. MF aturkan waktu tidur anak-anak sejak bayi... Cukup waktu memang paksa tidur... Sesekali je la timing tu lari...
5. Peluk cium anak sebelum tidur
Peluk dan cium anak-anak sebelum tidur. Mereka akan rasa happy dan bersemangat. Ucap selamat malam, beri salam dan ucapan sayang sebelum tidur.
6. Elakkan anak tidur waktu petang
Pastikan anak-anak tidak tidur petang terlalu lewat dan terlalu lama. Kalau anak-anak biasa tidur petang, biarkan mereka tidur dalam sejam antara pukul 2-5 petang. Biasa kalau lebih jam 4 petang memang tak bagi tidur dah... Ajak lah anak riadah atau suruh mandi untuk k hilangkan lesu dan mengantuk tu tadi.
7. Cuba 6 tips di atas
Bila dah buat 6 tips di atas.. Insha Allah... Tak susah dah nak bangun sebenarnya... Sebab waktu tidurnya cukup.. Kalau dah kejut tapi taknak bangun juga, beritahu anak yang hari ni ada aktiviti menarik di sekolah. Mereka akan lebih teruja untuk ke sekolah. Ataupun boleh cakap yang Si A (kawan baik anak) sedang menunggu dia di sekolah.
Apabila ada hari yang anak anda senang bangun, puji sikap dia yang baik tu.
Apabila ada hari yang anak anda senang bangun, puji sikap dia yang baik tu.
8. Doa dan amalkan surah al-Insyirah
Selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita. Insha Allah.
9. Pasang zikir semasa anak nak masuk tidur
MF juga biasakan anak-anak tidur dalam alunan bacaan ayat al-Quran, zikir dan selawat... Memang pasang setiap malam... Anak-anak dah terbiasa... Kalau tak dengar zikir atau selawat tak boleh nak tidur... Insha Allah... Banyak kesan positif bila buat cam ni...
Apa pun didikan dari awal. Atur jadual tidur yang konsisten untuk anak-anak dari kecil... Memudahkan dia bangun. Si kakak memula sekolah agak susah nak bangun.. Sekarang alhamdulillah... Dah takde masalah sangat.
Anak-anak MF semua jenis tidur awal bangun awal... Tinggal pergi kerja memang dia orang akan hantar MF ke pintu.... Memula MF pun kelam kabut anak bangun pagi kesemuanya.. Tapi lama-lama jadi biasa...
Moga kita semua dapat mendidik dan menjaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin.... Insha Allah...
Sumber: google images |
Apa pun didikan dari awal. Atur jadual tidur yang konsisten untuk anak-anak dari kecil... Memudahkan dia bangun. Si kakak memula sekolah agak susah nak bangun.. Sekarang alhamdulillah... Dah takde masalah sangat.
Anak-anak MF semua jenis tidur awal bangun awal... Tinggal pergi kerja memang dia orang akan hantar MF ke pintu.... Memula MF pun kelam kabut anak bangun pagi kesemuanya.. Tapi lama-lama jadi biasa...
Moga kita semua dapat mendidik dan menjaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin.... Insha Allah...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ