Ticker

6/recent/ticker-posts

Antara Puasa Enam dan Jamuan Raya di Rumah Terbuka!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Antara puasa enam dan jamuan raya?

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Abu Ayub al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1991]

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ

Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan. [al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab]

Akan tetapi timbul persoalan, adakah afdhal kita menyegerakan berpuasa enam, sedangkan dalam budaya masyakarat kita, pada hari-hari awal raya ini kita akan menghabiskan masa bersama keluarga, ziarah menziarahi.

Kita lihat hadis-hadis berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan dia berpuasa, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab al-Soim Yud’a Littho’am, hadis no: 1947]

Kata Imam an-Nawawi dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim:

قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا إِذَا دُعِيَ وَهُوَ صَائِم : ( فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِم ) مَحْمُولٌ عَلَى أَنَّهُ يَقُول لَهُ اِعْتِذَارًا لَهُ وَإِعْلَامًا بِحَالِهِ ، فَإِنْ سَمَحَ لَهُ وَلَمْ يُطَالِبْهُ بِالْحُضُورِ سَقَطَ عَنْهُ الْحُضُور ، إِنْ لَمْ يَسْمَح وَطَالَبَهُ بِالْحُضُورِ لَزِمَهُ الْحُضُور ، وَلَيْسَ الصَّوْم عُذْرًا فِي إِجَابَة الدَّعْوَة ، وَلَكِنْ إِذَا حَضَرَ لَا يَلْزَمهُ الْأَكْل وَيَكُون الصَّوْم عُذْرًا فِي تَرْكِ الْأَكْلِ ، بِخِلَافِ الْمُفْطِر فَإِنَّهُ يَلْزَمهُ الْأَكْل عَلَى أَصَحّ الْوَجْهَيْنِ عِنْدَنَا

Arahan berkata: Sesungguhnya aku berpuasa bertujuan untuk dia memohon keuzuran (daripada yang menjemput) dan untuk memaklumkan hal keadaannya (yang sedang berpuasa). Jika si penjemput memberikan keuzuran dan tidak menuntutnya untuk hadir, maka dia tidak perlu hadir. Jika si penjemput tidak memberikan keuzuran dan tetap menuntutnya untuk hadir, maka wajib untuk dia hadir. Puasa bukanlah satu keuzuran untuk tidak memenuhi jemputan. Akan tetapi apabila dia hadir ke majlis itu, dia tidak wajib untuk makan, dan puasanya itu menjadi sebab keuzuran untuk dia tidak makan. Ini berbeza dengan orang yang tidak berpuasa, dia wajib untuk makan. Ini merupakan pendapat yang kuat daripada dua pendapat mazhab kami (mazhab Syafie).

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput, hendaklah dia memenuhi jemputan itu. Jika dia berpuasa, hendaklah dia berdoa, jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.

[Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, Bab al-Amr bi Ijabati ad-Da’I ila Da’wah, hadis no: 2493]

Kata Imam Nawawi:

اِخْتَلَفُوا فِي مَعْنَى ( فَلْيُصَلِّ ) قَالَ الْجُمْهُور : مَعْنَاهُ فَلْيَدْعُ لِأَهْلِ الطَّعَام بِالْمَغْفِرَةِ وَالْبَرَكَة وَنَحْو ذَلِكَ ، وَأَصْل الصَّلَاة فِي اللُّغَة ا

لدُّعَاء

Ulama berbeza pendapat tentang maksud “Falyushol”. Majoriti ulama berkata: Ia bermaksud doakanlah untuk yang menyediakan makanan dengan keampunan dan keberkatan dan selainnya. Ini kerana asal perkataan solat daripada sudut bahasa adalah doa.

Katanya lagi:

وَأَمَّا الصَّائِم فَلَا خِلَاف أَنَّهُ لَا يَجِب عَلَيْهِ الْأَكْل ، لَكِنْ إِنْ كَانَ صَوْمه فَرْضًا لَمْ يَجُزْ لَهُ الْأَكْل لِأَنَّ الْفَرْض لَا يَجُوز الْخُرُوج مِنْهُ ، وَإِنْ كَانَ نَفْلًا جَازَ الْفِطْر وَتَرْكه . فَإِنْ كَانَ يَشُقّ عَلَى صَاحِب الطَّعَام صَوْمه فَالْأَفْضَل الْفِطْر ، وَإِلَّا فَإِتْمَام الصَّوْم . وَاَللَّه أَعْلَم

Orang yang berpuasa, tiada perbezaan pendapat bahawa dia tidak wajib untuk makan. Jika puasanya itu adalah puasa wajib, maka tidak boleh dia makan ini kerana puasa wajib tidak boleh dibatalkan. Jika itu adalah puasa sunat, maka dia boleh membatalkan puasanya itu. Jika meneruskan puasa akan menyusahkan tuan rumah yang sudah pun menyediakan hidangan, maka lebih elok berbuka, jika tidak, hendaklah dia menyempurnakan puasanya.



عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنَّهُ قَالَ : ” صَنَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَأَتَانِي هُوَ وَأَصْحَابُهُ ، فَلَمَّا وُضِعَ الطَّعَامُ , قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : إِنِّي صَائِمٌ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعَاكُمْ أَخُوكُمْ وَتَكَلَّفَ لَكُمْ ، ثُمَّ قَالَ لَهُ : أَفْطِرْ وَصُمْ مَكَانَهُ يَوْمًا إِنْ شِئْتَ “

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda dan sahabat-sahabatnya datang kepada aku. Apabila makanan telah dihidangkan, salah seorang daripada mereka berkata: Sesungguhnya aku berpuasa. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Saudara kalian telah menjemput kalian dan bersusah payah untuk kalian. Lalu baginda berkata kepada lelaki itu: Berbukalah, dan gantilah pada hari lain jika engkau mahu.

[Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, Jumma’u Abwabi Zakati al-Fitr, hadis no: 7723. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari berkata: Isnadnya hasan]


Kesimpulan:

1- Kami mencadangkan agar pada hari-hari awal Syawal ini, fokuskanlah bersama keluarga dan meraikan tetamu, dan memenuhi jemputan jamuan hari raya kerana inilah masa kita dapat berkumpul bersama ramai sanak saudara yang jarang dapat bersama pada waktu-waktu lain.

2- Akan tetapi seperti kita ketahui, masyarakat Melayu mempunyai budaya raya selama SEBULAN, adakalanya open-house dilakukan hingga ke minggu akhir Syawal.

Dalam keadaan begini, jika sudah masuk hari-hari bekerja, dan minggu-minggu akhir Syawal, dan ditakuti tidak dapat menamatkan puasa 6, maka teruskanlah berpuasa, (apatah lagi jika seseorang itu berpegang kepada pendapat perlu qadha dahulu sebelum puasa sunat) dan tuan rumah yang menganjurkan open-house tidak sewajarnya berkecil hati dalam hal ini.

Wallahua'lam.

-ADMIN-Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Sumber: Telegram

Antara Puasa Enam dan Jamuan Raya di Rumah Terbuka!


Pendapat MF pula... Puasa sunat 6 Syawal memang Afdhal buat berturut-turut... Tapi jika dah dapat jemputan bagai kan... Boleh aje selang asalkan cukup enam hari... Tapi bagi wajib qada dahulu kan qada lebih baik sebelum puasa sunat enam... Walaupun ada pendapat boleh combine sekali... Tapi asingkannya adalah lebih baik... 

Hmmm... Bila nak start puasa ni ye... Walaupun mood raya tapi badan kita masih ada mood puasa ni.. elok kalau mulakan awal kan... Tapi nak mula tu.. haishhh... Kena kuatkan semangat sikit la... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian yg bagus..memg seeloknya diasingkan puasa qadha n puasa sunat..

    BalasPadam
  2. Sha pun setuju dengan pendapat mengganti dahulu puasa baru buat puasa sunat..
    Alhamdulillah 2017 ini tak payah ganti puasa.. Nak puasa sunat je..
    Semoga sis juga dipermudahkan dalam melakukan ibadah puasa (sunat/wajib)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^