بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sayangkan Suami Berpada-pada
===========================
Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..
Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.
Yang cintai suami dan dicintai, dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.
Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu.
Kredit: Dr.Zaharuddin
Sama juga bagi suami.... sayangkan isteri pun biar berpada-pada... Jangan melebihi cintamu kepada Allah dan Rasul... Jangan pula isteri mu menjadi kau jauh dengan ibunya...
Betul, sayang pada seseorang atau sesuatu biar berpada. Bila terpisah, tak tertanggung peritnya di jiwa raga
BalasPadam