GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pelanggan Celcom Bakal Menikmati Data PERCUMA Selama Seminggu Mulai 25 April Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minggu lepas rata-rata pengguna Celcom bengang bila line internet slow sangat sampai nak buka Whatsapp, Facebook pun Instagram pun berjanggut tunggu... minggu ni kira ok sikit... 

Rupanya memang main center Celcom yang ada problem... tu yang slow tu... memang geram juga la... takde ni sampai nak tukar telco sebab setakat ni, Alhamdulillah Celcom ni masih ok di kawasan bandar dan luar  bandar... 

Tapi jangan risau pelanggan celcom... Celcom kembali bayar ganti rugi kita tu dengan memberi penggunaan data percuma selama seminggu mulai 25 April ini... 


Celcom mengumumkan tiada caj data dikenakan bagi melayari Facebook (FB) dan Whatsapp kepada pengguna telko selama seminggu pada 25 April ini. 
Pengumuman terbabit dibuat menerusi FB Celcom, hari ini, berikutan masalah gangguan Internet bagi melayari FB, Whatsapp dan Instagram sejak dua minggu lalu. 
Selain bakal mengumumkan data percuma bagi melayari FB dan Whatsapp, Celcom turut mengumumkan bahawa penambah-baikan bagi melayari FB sedang dijalankan dan dijangka selesai pada 28 April ini. 
Sementara itu, masalah gangguan Internet dalam kalangan pengguna Celcom mengundang kemarahan mereka.
Petikan berita dari Harian Metro Online

Ada yang terus meluahkan rasa tak puas hati di page Celcom dan  Page SKMM ... Dan alhamdulillah ada feedback Dan tindakan... 

Jadi, esok kita guna data percuma untuk download dan upload sesuka hati di Facebook, Instagram dan Whatsapp... Tapi biarlah yang bermanfaat... 

Harap dengan tawaran ni reda la kemarahan pelanggan Celcom... Bagus juga Celcom buat camni sebagai menghargai para pelanggan setianya.... 

0Ulasan