13 PESANAN PENTING BUAT IBU BAPA YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN ANAK!

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

13 PESANAN PENTING BUAT IBU BAPA YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN ANAK! | Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi  di Surau Al Kauthar S4 Bandar Baru Bangi.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak-anak bersabarlah. 

Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin dan Khamis dan sebagainya nya. 
Tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. 
Dalam banyak-banyak keadaan,  matlamat kita untuk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu secara berterusan. 

Walaupun perkara asas. 
Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan label anak. 

Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.
Belajarlah panggil nama anak dengan nama penuh bukan nama yang disingkatkan atau nama manja yang kita pun tak pasti nama tu maksudnya. 

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. 

Jadi hamba Allah yang baik. 
Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. 
Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. 
Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. 

Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. 
Jangan bawa anak-anak kepada kita, tapi bawalah anak-anak kepada Allah.


13 PESANAN PENTING BUAT IBU BAPA YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN ANAK!

6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. 

Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. 
Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar 
kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 


Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. 
Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al Quran. 

Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. 
Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.

Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al Quran melalui kita. 
Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. 

Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. 
Sekarang ni anak-anak tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. 
Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan 
amat besar pengaruhnya. 

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. 

Dalam rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. 
Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi p tidak mempercayainya.

11. Walk the talk. 

Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. 
Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah dan sebagainya 

sebagai tawasul anak-anak menjadi baik. 
Contohnya : moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..

13. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Contohnya : kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. 

Anak dapat result yang baik terus war-warkan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. 
Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai.

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama..


Olahan dari: Pendidik.my@telegram.me

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. perkongsian yg baik... adakala ulut sy ni nak saja marah anak2 kalau mereka tak dgr kata.... thanks atas ingatan....

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !