بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Bila seseorang tanya saya,
"Apa nak buat kalau masa menulis je, tiba-tiba takda idea. Apa nak buat?"
Biasa saya akan sebut,
"If you can't write, read. If you can't read, write.."
Hassan al Banna sebut dalam wajibat al Akh yang ke 14,
"Hendaklah al akh itu BIJAK dalam MEMBACA dan MENULIS, banyak mentelaah perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya.
Hendaklah membuat PERPUSTAKAAN SENDIRI walaupun KECIL, hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seninya jika kamu seorang ahli takhasus.
Hendaklah kamu menguasai hal-ehwal am
Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan memutuskan sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah. "
Tanya pada diri sendiri,
1. Berapa banyak buku kita dah baca?
2. Berapa banyak artikel/buku kita dah tulis?
3. Dah ada perpustakaan sendiri?
4. Apa bidang yang kita pakar?
5. Sejauh mana kita kuasai isu semasa? Sama ada dalam negara atau luar negara?
Muhasabah malam ni sebelum tidur.
Moga manfaat.
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
Sumber: Tarbiah Sentap
Membaca itu sumber dan cabang ilmu... Bagi MF... Menulis dan berkongsi ilmu bermanfaat lebih mudah dari menulis hal peribadi... Mungkin orang kata ilmu itu Copy paste tapi bagi MF pengalaman kita boleh digarap kan jadi ilmu berguna buat semua... Contoh kita ada pengalaman TRAVEL... Kita kongsi pasal pengalaman itu kerana ianya satu panduan untuk orang lain... Sama juga berkongsi resepi.. Itu satu ilmu untuk orang lain.
Jadi tulis apa sahaja.. Asalkan bermanfaat untuk orang lain...
betul..menulis bab peribadi kadang ni nampak senang tapi susah
BalasPadamDengan membaca, secara automatik akan menjadikan kita kreatif untuk menulis kan =)
BalasPadamLEBIH BANYAK MEMBACA AKAN MUNCUL LEBIH BANYAK IDEA :D
BalasPadamAssalam haah kak yana pun selau xde idea bila checj balik memang pun sebab lama sangat atk cuci jiwa dgn membaca
BalasPadam