GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Orang Yang Mendapat Pengampunan Dosa Antara Jumaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Dari Salman Al Farsi berkata, "Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang laki-laki mandi pada hari Jumaat lalu membersihkan diri sebaik mungkin, memakai wangian atau haruman yang ada di rumahnya, lalu keluar menuju Masjid (untuk melaksanakan solat Jumaat), dan ia tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) pada tempat duduknya lalu dia solat sebagaimana yang dianjurkan baginya dan diam mendengarkan khutbah Imam, nescaya dia akan diampuni dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan jumaat berikutnya." (HR Bukhari No: 834)



Pengajaran:

1.  Antara keutamaan lelaki pada hari Jumaat ialah bersiap awal untuk ke masjid. 

2.  Antara adab yang digalakkan pada hari Jumaat:


a.  Mandi sunat Jumaat dengan membersihkan badan sebaiknya
b.  Berwangian 
c.  Memelihara adab semasa masuk ke dalam masjid dengan tidak melangkah bahu para Jemaah atau menyelit atau mencelah sehingga memisahkan dua orang yang telah duduk
d.  Duduk diam untuk mendengar khutbah 

3.  Orang yang berbuat demikian akan di ampunkan dosanya sehingga bertemu Jumaat yang akan datang.

Sumber : telegram.me/hadisharian_ikram

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ