div id='header-inner'>

JUDI LEMBU SADO DI EKSPO MAHA 2016?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak tahu sangat pasal isu ni... sejak dua minggu bercuti memang kurang ambil tahu pasal isu semasa... Haha... tapi dapat tahu juga melalui Group whatsapp dan telegram channel... 

Sekarang ni tengah hangat berlangsung pasal #maha2016 di Serdang... masa pergi KL hari tu angan-angan nak singgah tapi memikirkan ada anak kecil... simpan je la angan-angan tu... tengok orang Update je la kan.. 

Salah satu aktiviti yang MF tahu, ialah pertunjukan lembu Sado... tapi tak sangka pula selain pertunjukan ada kuiz teka berat lembu sado.. hadiahnya bukan main lumayan lagi... RM20 000 tu... siapa tak nak kan... tapi kuiz ni jadi isu sebab nak join kuiz tu kena bayar... 


Isu ni mula jadi VIRAL bila PU buat status kata haram sebab ada unsur judi... Bila ada bersuara ada pula tak puas hati... jadi, bab duit ni... Dr. Zaharuddin mula memberi penjelasan...  bab kewangan memang banyak rujuk Dr. Zaharuddin juga sebenarnya... sebab beliau ni Panel Syariah Bank dan syarikat kewangan... jadi, tak ragu lagi... 

Jadi..  ini penjelasan dari Dr. Zaharuddin 
Saya ditanya oleh seorang peserta berkenaan satu pertandingan meneka berat seekor lembu Sado yang diadakan di Ekspo MAHA yang berlansgung di MAEPS ketika ini. Semua peserta yang ingin menyertai dikehendaki membayar :- 
1 tekaan : RM 10
3 tekaan : RM 20 
Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 20,000 atau seekor lembu bernilai RM 20,000. 
Jawapan saya  
Saya mengambil info dari seorang peserta yang tentunya tahu maklumat pertandingan ini. Berdasarkan info yang diberi, pertandingan itu adalah jelas sebuah perjudian. Ia mempunyai ciri judi yang didefinisi oleh Ulama seperti al-baijuri adalah :-
هو كل لعب تردد بين غرم وغنم
Ertin: Suatu pertandigan yang mana peserta terdedah untuk sama ada kerugian atau meraih untung. (Hashiah Al-Baijuri, jil2, hlm521) 
Selain itu, ia juga terbina di atas bayaran untuk menang secara nasib (game of luck or pure chance), walaupuan tekaan itu mempunyai sedikit elemen usaha, namun ia tetap punyai elemen 'nasib' yang besar.  
Ia turut punyai elemen judi yang seterusnya iaitu 'Zero sum game' iaitu pemenang akan ambil keuntungan dari mereka yang kalah. 
Ia masih pada hukum judi walaupun jika penganjur berkata bahawa duit yuran yang dibayar peserta itu akan disalurkan kepada kegunaan lain hatta ke Palestin sekalipun, setiap bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan secara rela paksa & berpeluang menang lebih besar secara nasib, pertandingan itu akan tetap menjadi judi. 
Ia masih menjadi judi, hatta hadiah disumbang dari pihak ketiga yang tidak menyertainya. Ia tetap menjadi judi bagi semua peserta yang menyertainya dengan bayaran yuran tertentu dan berpeluang pula menang lebih banyak untung jika tekaan tepat atau kalah wang penyertaan jika tekaan mereka salah.  
ADA PIHAK YANG HARUSKAN ? 
Saya juga difahamkan terdapat pihak yang mengharuskan atas hujjah hadiah sponsor dari pihak ketiga. Namun kelihatan pihak yang memberi hukum harus telah terkeliru. Perlu faham bahawa terdapat dua jenis judi, setiap satu punyai syarat yang sedikit berbeza dari yang lain, dua jenis itu adalah:-  
1. Suatu pertandingan yang ada yuran dan hadiah pemenang diambil dari wang terkumpul peserta. Namun syarat pertandingan jenis ini adalah pertandingan berdasarkan usaha yang jelas seperti sukan futsal, badminton etc. yang mana kepakaran dan latihan sebagai penentu pemenang. Justeru, pertandingan dari jenis ini, jika terdapat hadiah dari pihak ketiga yang tidak menyertai, ia akan mengubah hukum pertandingan kepada harus. Kategori ini, tidak terpakai kepada teka berat lembu sado yang mana pemenang berasaskan nasib hasil tekaan bukan usaha fizikal.  
2. Suatu pertandingan yang ada yuran dan pemenang ditentukan dengan nasib. Judi dari jenis yang ni, hadiah sponsor pihak ketiga tidak mengubah status judi. Menggunakan hasil kutipan yuran kepada maslahat pihak tertentu yang lain juga tidak mampu menjadikan pertandingan itu sebagai harus. 
Masalah teka lembu sado masih tersangkut pada jenis kedua. Namun kelihatan mereka keliru sehingga tercampur-campur jenis lalu tersalah menghukum harus. 
JIKA DAH MENANG ? 
Justeru itu, sesiapa yang menenanginya haram mengunakan wang kemenangan itu dan mesti menyerahkannya kepada faqir miskin. Faqir miskin HALAL mengambilnya disebabkan ia telah menjadi neutral kembali ke atas diri mereka kerana mereka punyai sebab diiktiraf syara' untuk menerima wang sebegitu. Pembersihan cara ini juga datang dari sabdaan Nabi SAW: 
من قال لصاحبه تعال أقامرك فليتصدق
Erti : sesiapa yang berkata saudaranya, "mari aku bertaruh denganmu" maka (jika menang) wajiblah dia menyedeqahkan (wang kemenangan itu). (Al-Bukhari dan Muslim)  
Bagi penganjur, ketahuilah judi itu HARAM hukumnya dan jangalah mana-mana syarikat menganjurkan pertandingan yang serupa dengannya. 
Ia hanya TIDAK JUDI jika peserta masuk meneka secara percuma tanpa bayaran.  
Atau, peserta tidak diwajibkan membayar, terpulang sesiapa ingin membayar sebagai sedeqah atau tidak bayar, namun semua masih boleh sertai, barulah ia TIDAK JUDI juga. 
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID 
(Sumber: Dr.Zaharuddin Group @telegram channel)

Jelaskan... Memang jelas lah... nak pertikaikan apa lagi... judi ni bila ada pertaruhan wang... jelas itu judi... kalau setakat nak teka je takde masalah pun... sama la macam Blogger dok buat Giveaway tu..  kalau join je takde syarat kena bayar atau klik iklan untuk tampung kos hadiah boleh je nak join...  

Bab duit ni kena ambil kira halal haramnya... dah jelas kan.. jadi senang kata tak payahjoin la... kalau pertandingan teka yang nak kena bayar ni... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. baru terbaca mengenai hal ni dekat fb tadi. benarlah kadang, kadang dalam sedar tak sedar kita dah berjudi. ish..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)