بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Jangan Abaikan 3 Perkara Ini Jika Anda Pergi Servis Kereta! | Yang beli kereta baru mesti kena hantar servis untuk pertama kali selepas 5000km... Kemudian berperingkat ikut kilometer ataupun ikut tempoh...
Alhamdulillah, pengalaman servis kereta baru ni tak susah sebab suami memang pakar bab ni.. jadi, setiap kali servis suami akan bagitau apa yang perlu dan tak perlu dibuat ketika servis kereta.
Akhir tahun lepas MF telah upgrade kereta yang ada kepada sebuah MPV... Tak mampu nak pakai kereta buatan luar negara beli aje kereta MPV Proton... Not bad... Mampu lah memuatkan semua ahli keluarga dengan selesa... Alhamdulilah...
Bulan yang lepas, (ni entry tertangguh) MF dapat SMS dari Proton, ingatkan tentang servis kali ketiga... Lorr... Lupa sudah... Nasib baik Proton servis ni ingatkan. Servis pertama kami buat kat Gomba, sebab dalam perjalanan nak balik ke Kedah, sekali tengok lebih kilometer, singgah la Kl untuk servis.
Kali kedua kami buat di Pasir Gudang... Masa tu tak booking pun.. just datang pagi masa tu sebab nak bawa mentua jenjalan jumpa kawan lama dia... Sekali boleh servis.
Jadi, yang kali ketiga ni pun kami buat kat sana juga... Sebab selesa dan agak mesra pelanggan.
MF nak kongsikan sikit pasal servis ni... Mana-mana korang pergi servis kereta, jangan abaikan tiga perkara ini:
#1 Semak Resit
Lepas deal dengan Customer servis, mohon semak semula resit selepas buat bayaran. Bukan apa takut apa yang korang tak nak dia masukkan sekali.. dah kena cas mahal nanti...
#2 Tengok Makenik Buat Kerja
Yang ni memang ramai tak buat... Lepas bagi kunci korang lepak je kat ruang menunggu... Sebenarnya tak digalakkan buat macam ni... Kita ada hak untuk tengok makenik buat kerja asalkan jangan ganggu diorang sudah la...
Masa kami buat servis di kali ketiga tu, suami MF memang biasa tengok makenik buat kerja.. itu memang tabiat dia bila hantar kereta servis tak kita di pusat servis atau bengkel biasa.
Mujur suami tengok, masa kami order minyak lain, masa dia nak isi minyak lain... Nasib baik tengok dan terus dia tengok resit untuk pastikan... Dan makenik tu minta maaf... Korang beli minyak mahal, dia letak minyak murah...lepas tu mula la rasa tak best bila pandu.
Jadi, sesekali jenguk makenik buat kerja di bengkel.
#3 Semak Semula Hasil Kerja Selepas Selesai Servis
Lepas dah siap servis, kunci pun dah dapat semak hasil kerja makenik... Pastikan semuanya selamat, nat diketatkan betul, semua dipasang dengan betul dan semuanya selamat untuk dinaiki.
Selain tu, kalau wanita lebih baik bawa rakan yang mahir atau faham pasal kereta. Jika tidak takut kena auta je dengan orang kat pusat servis ataupun bengkel tu...
Perkongsian ni berdasarkan pengalaman peribadi MF sendiri. Jadi, takde kena mengena dengan mana-mana individu ye.. Moga bermnfaat untuk semua.
Yg pasal kena auta tu betoi. Nasib baik lah masa tu suami ada time mekanik kol. Kes jadi selepas selesai suma kat proton servis
BalasPadam