div id='header-inner'>

Ini Sebab Kenapa Tak Digalakkan Guna Tisu Basah Ketika Mencuci Najis Bayi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah tahun-tahun lepas jadi satu perbalahan di satu Group di Facebook..  masa tu waktu masih aktif dengan Group mak-mak ni kat Facebook...

Iaitu pengguna tisu basah... pasal tisu basah pun ada yang sampai berbalah kan.. hebat mak zaman sekarang...

MF masih guna tisu basah sekarang ni... masa anak pertama dan kedua kurang ilmu lagi... rasa macam takpe je istinjak anak guna tisu basah... tapi dah rasa sangsi juga... tapi guna je...

Masuk anak ketiga, selalu dengar ceramah Ustaz Don.. jadi ada tengok cara mencuci najis bayi dengan betul...

Ustaz Don tunjukkan cara yang betul dan kenapa tak digalakkan guna tisu basah...

Sebabnya:
1. Tisu basah tidak termasuk dalam bahan-bahan yang sah untuk beristinjak. Bahan yang sah untuk beristinjak ialah air dan benda kesat. Syarat benda kesat pula mestilah kering dan bersih. Jadinya tisu basah tak tepati syarat benda kesat. Bila camtu maknanya istinjak tu tak bersih... Kalau kita yang mukallaf ni guna tisu basah , memang tak boleh solat la camtu. 

Bila tak bersih, syaitan dan jin juga suka la usik budak-budak kecik ni... Tu yang kadang anak kita menangis tak tentu pasal. Sebab ni juga, kita kena selalu tukar lampin anak-anak bila dah penuh... Jangan biarkan penuh... Dan sebab ini juga kita perlu niatkan untuk hentikan pemakaian lampin bila anak dah besar. Supaya syaitan tak mudah dekat dan kacau anak-anak kita. 

2. Tisu basah ada bahan kimia yang mungkin tak sesuai untuk kulit bayi. Bahan yang digunakan untuk buat tisu basah tu mungkin ada bahan kimia yang tak sesuai dengan kulit bayi... Bahan ni mungkin akan menyebabkan alahan, ruam dan sebagainya... Jadi lebih baik elakkan. 

3. Lebih jimat tak guna tisu basah. Sebenarnya peruntukan untuk beli tisu basah jika kita kira-kira banyak juga. Tambah zaman GST sekarang ni kan... Anak ketiga MF guna air yang dimasukkan dalam botol picit dan tisu tandas.... Lebih jimat... Kalau guna tisu basah kejap je habis... Sebenarnya, guna tisu tandas lebih jimat... Ikut cara istinjak yang Afdhal iaitu lap guna tisu dulu lepas tu baru basuh guna air. 

Jadi, itulah sebabnya penggunaan tisu basah tak digalakkan untuk cuci najis bayi. Tapi MF sediakan juga tisu basah ni dalam kereta untuk buat lap tangan dan guna waktu-waktu terdesak sebelum sempat nak cari tempat cuci atau waktu takde air.... Masih lagi guna... Tapi bukan terhad untuk cuci najis bayi lagi... Tapi lebih umum penggunaan nya... 

Jom ikuti cara basuh najis bayi dengan betul seperti yang ditunjukkan oleh Ustaz Don.. 




Semoga bermanfaat...


Catat Komen

4 Ulasan

  1. nice sharing sis... sy, erm... pasni nak guna tisu tandas cam sis la... sblum ni pun guna tisu basah juga tapi masa dlm pantang jer, pastu bby dah besar skit dh tak guna.... btl tu sis,,, setuju sgt....

    BalasPadam
  2. Kan..org dulu semua mana de guna tisu basah. Sekarang nie je. Malas pun pasal. Nak guna boleh tapi biarlah cuci najis tu dengan air bersih...hihi..

    BalasPadam
  3. wah, saya kalau travel memang bawak tisu basah nih

    good info

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)