div id='header-inner'>

PEMBERIAN GADJET KEPADA ANAK TAK LAH SEBURUK YANG DISANGKAKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sana sini dan rata-rata artikel ceritakan tentang keburukan dan kesan buruk gadjet kepada anak-anak. Tapi MF nak kongsikan kesan baik gadjet kepada anak-anak jika kita sebagai ibu bapa tahu cara nak gunanya. 

Gadjet atau teknologi dicipta untuk memudahkan dan membantu manusia bukan untuk menyusahkan kita asalkan kita gunakan akal bukan nafsu untuk mengemudikan teknologi.

MF beri gadjet kepada anak-anak MF, kadang kesuntukan masa... tambahan pula masa MF berpantang anak ketiga, tablet dan tv MF beri untuk bantu MF jagakan anak-anak buat sementara. Rupanya, dalam dok suruh teknologi jaga kan tu, ada kebaikannya... ada kesan baiknya... 

MF jarang cerita pasal anak MF no.2 kan.. 
OK, anak MF no.2 yang MF panggil nama manjanya Ara, seorang anak yang periang... Tapi masa umurnya 2 tahun, Ara ni tak boleh bercakap... sepatah kata pun tak keluar dari mulut dia.. dia tahu menangis, dan kalau nak sesuatu dia akan tunjuk je... 

Mulanya risau juga takut speechdelay... dok berkira-kira untuk hantar ke pakar... tapi sebelum tu, MF amalkan kaedah terapi al-Quran... MF bacalah doa Surah at-Taha ayat 25-28 baca dan tiup kat mulut Ara setiap malam sebelum tidur. Alhamdulillah, al--Quran tu penawar kan.. nampak beza lepas 3 hari dok amalkan ayat tu.. dia dah boleh sebut perkataan yang mudah... 

Pabila umur dia menjangkau 2 tahun 4 bulan, baru dia boleh sebut perkataan mudah seperti anggota badan, dan setiap malam ajar dia sebut dan bilang angka dalam bahasa Inggeris. Kenapa bahasa Inggeris? Sebab bahasa Inggeris hanya satu sebutan suku kata..lebih mudah disebut..dan ini teknik MF guna untuk ajar anak mula bercakap. 

Lepas usianya 2 tahun 6 bulan, dia semakin petah.. bahkan memang drastik perubahan dia.. dia boleh sebut dua perkataan dan ayat pendek. 

Nak dijadikan cerita.. MF kesuntukan masa nak ajar anak-anak.. tambah masa mengandung anak ketiga.. balik kerja penat... suami buat kerja rumah semua pun penat.. jadi bagi tablet untuk diamkan anak-anak...sampailah bersalin... macam tulah rutin.. bagi tablet... 

Lepas habis pantang... sambil habiskan masa dengan anak-anak... sangat terkejut pabila Ara nyanyi lagu ABC sampai Z dan juga Alif Ba Ta sampai Ya.. Lepas tu, tak sangka juga semalam masa Baca Buku Anakku, Ara tadi dah kenal beberapa Abjad seperti P, M, A, O dan beberapa abjad yang lain.. Allahuu.. terharu... MF rasa itulah.. dia banyak belajar dari tablet dan TV sebenarnya... 

PEMBERIAN GADJET KEPADA ANAK TAK LAH SEBURUK YANG DISANGKAKAN!
PEMBERIAN GADJET KEPADA ANAK TAK LAH SEBURUK YANG DISANGKAKAN!

Jadi, pemberian gadjet dan tv bukanlah seburuk yang disangka. Asalkan ibu bapa tahu cara nak kawalnya. Jadi, MF nak kongsikan cara MF dalam pemberian gadjet dan TV kepada anak-anak kami. 

MF beri gadjet ikut masa... ada masanya, kalau anak dah bosan sangat layan TV, baru beri gadjet iaitu tablet.

MF tak beri langsung anak-anak guna telefon MF atau suami.. tapi suami beri juga sesekali.. sebab ada game POU.. itu je satu-satu game yang ada .. digunakan waktu kecemasan je tu.

Tablet yang diberi pada anak-anak tiada capaian internet. Off data intenet dan set kepada Aeroplan Mode.

Download game berbentuk pembelajaran sahaja kepada anak-anak.
Jika di TV, MF download video pembelajaran dan pasang diwaktu pagi.. sebab otak fresh lagi waktu tu. 

Pemberian gadjet dikawal... bukan diberi setiap hari... ada waktu tertentu sahaja. tu pun dalam waktu yang singkat sahaja. Teknik tak nak anak guna tablet lama... MF beri tablet masa tablet tu dah dekat nak habis bateri. Jadi, dia main kejap.. pastu bateri habis... diam la dia... Teknik masa memula buat, dia mengamuk juga sebab tak puas main... lama-lama dia dah biasa.. dan tak ketagih lagi.. 

MF memang takde langgan Astro berbayar, hanya NJoi je.. jadi, memang takdelah ketagih nak tengok tv... TV khas untuk anak penuh dengan video kartun dan pembelajaran je.. jadi, ulang benda yang sama diorang akan boring.. dan ini tak jadikan mereka ketagih TV... 

Alhamdulillah.. ada juga kesan positif guna gadjet... itulah, kalau pandai kawal insha Allah takde lah seburuk yang disangka. Asalkan kita yang berperanan ntuk kawalnya. Lagi satu, kita pun sebagai ibu bapa jangan taksub sangat dengan gadjet... insha Allah anak tak kan terikut. Kalau dengan anak-anak, boleh nak layan phone..asalkan ajak anak sekali... contoh tengok video ke.. tengok gambar... jangan kita hadap seorang..dan biar kan anak sendiri... tapi yang pasti.. masa kat luar memang no phone.. memang full attention to our kids... takde masa nak update itu ini kat facebook kalau keluar dengan anak-anak kecuali ambil gambar.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Anak-anak akak pun akak bagi diorang gadget jugak..tapi bukanlah selalu sangat bagi..download hanya abc dan alif ba ta tu je.harap dia tak ketagih dengan gadget...kalau membantu y not kan kita bagi..janji jangan keterlaluan dan berlebihan..kat rumah pun kita pakai njoi jugak

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)