7 Cara Elak Berat Badan Naik Bagi Ibu Menyusu

Maria Firdz
6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Cara Elak Berat Badan Naik Bagi Ibu Menyusu | Masa mengandung syok je kan... Berat naik rasa ok je sebab bawa budak.. tapi lepas bersalin mula rasa tak syok bila berat tak nak turun.. MF Alhamdulillah.. timbang tadi untuk check up sebulan selepas bersalin dapat semula berat asal.. risaunya pula takut makin turun lepas ni.. orang risau takut berat naik lepas bersalin sebab makin lapar lepas bersalin dan menyusukan anak.. tapi MF risau kalau berat makin turun tak baik-baik.. 

7 Cara Elak Berat Badan Naik Bagi Ibu Menyusu


Apa pun.. bagi ibu menyusu yang risau berat badan naik lepas bersalin.. boleh amalkan 7 cara diet ni.. supaya badan kekal maintain dan tak jejaskan susu ibu... 


1. Tunggulah bayi umur dua bulan

Memanglah tak sabar nak kurus, tetapi tunggu bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet. Ini nak bagi tubuh menstabilkan penghasilan susu agar tidak mudah terjejas. Waktu menyusukan bayi, badan kita akan kehilangan 200-500 kalori sehari (tanpa sebarang diet). 
Jadi, jangan kalut naik diet sangat.. bagilah masa anak tu nak naikkan berat dia.. susukan banyak-banyak... Jangan risaukan lapar dan makan.. asalkan anak cukup susu dan berat anak naik.. kalau berat badan anak tak naik kita pula yang risau nanti...

2. Kerapkan susu anak

Lagi kerap susukan anak, lagi cepat lemak tersingkir. Tapi yang paling ketara cepat kurus kalau boleh susukan anak sekurang-kurangnya sampai bayi berumur 6 bulan ke atas. 
Susukan anak memang akan kerap makan.. tapi jangan terlalu risaukan berat naik.. kerana setiap kali kita susukan anak...berat anak naik..lemak kita terbakar sekali ..

3. Jaga pengambilan kalori

Ibu perlu ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari. Tapi bukan semua sama, ada juga wanita memerlukan lebih daripada itu. Kalau pengambilan kurang daripada jumlah yang disyorkan, susu badan pun cepatlah kurang. Kesian pula anak jadi mangsa kurang susu hanya sebab ibu nak kurus.
Kenal pasti makanan tinggi kalori seperti nasi lemak, ayam goreng, mee goreng.. elakkan makanan sebegitu .. senang kata.. jaga pantang selama setahun.. jangan habis 44 hari je.. hentam segala benda... Pastu risau berat naik pula... 

4. Jangan abaikan cara berat turun

Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg seminggu atau 2.7kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

5. Minum air walau diet

Ibu, kalau kehilangan kalori dilakukan secara mendadak, ini akan menjejaskan penghasilan susu. Ini paling ketara ketika  sakit (kurang air selain pengambilan ubat tertentu antara faktor yang menyebabkan penghasilan susu yang terjejas).

6. Senanam kena teruskan

Diet macam mana pun, jangan sampai tak senaman langsung. Langkah ini memastikan badan membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat. Tidaklah kulit nampak menggelebeh walau kurus.
Senaman mudah bagi ibu ialah buat kerja rumah kan... Tu pun kira senaman yang mampu membakar kalori setiap hari...

7. Pilih makanan sihat

Snek yang dimaksudkan bukanlah biskut cip coklat atau makanan yang tinggi kandungan gula. Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau. Makanan yang kaya dengan protein pula adalah seperti tauhu, tempe, kekacang atau bijirin dan soya. 
Kena pilih snek dan jajan yang sihat... Setakat ni MF jadikan kurma Ajwa sebagai jajan wajib MF setiap hari... 

Rujukan: Karangkraf

Nak diet boleh tapi jangan ketepikan hak anak.. alahhh.. dua tahun je pun.. lepas dua tahun ikutlah nak diet ke hape kan.. dan MF rasa diet paling bagus amalkan ialah diet Atkins .. sihat dan selamat serta tak keterlaluan... 

Ini tip untuk yang nak kurus.. tapi MF nak besarkan badan.. berat sekarang dah ok.. takut makin turun pula.. harap tak turun dah la berat yang ada ni.. 
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Saya rasa sejak menyusukan anak nih, makin kurus adalah. Hahaha. ^_^

    BalasPadam
  2. thanks for sharing MF...saya naik pulak berat walaupun menyusukan anak...huhu

    BalasPadam
  3. hihi..info yg berguna utk msa dpn..but ofcoz ank first..susu bdn utk immunity ank tu..hihi

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !