div id='header-inner'>

Rahsia Tauge!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.

Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Fakta ni MF akui... Masa merancang nak tambah anak...memang selalu la makan tauge nih.. Hehe... Senang lekat... 

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.



Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis )

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda .

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser .

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya .

Jadi apalagi, JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari. Sayur yang murah tapi banyak khasiat... Bahkan nak tanam tauge pun mudah kan...tabur aje kacang hijau di atas kapas basah... Dedahkan kepada matahari... Tunggu dua tiga hari... Maka.. Jadilah tauge... Hehe... 

Sumber: Whatsapp group 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. masak lemak taugeh buh udang best sis :) aduih terliur lak... hehe

    BalasPadam
  2. mmg syr peberet akak... suke boh dlm mee grg last2 jd ranggup2 lg masa mkn tuh

    BalasPadam
  3. sedap tauge tu kak...thanks for sharing... ^_^

    BalasPadam
  4. selalunya kalau beli taugeh ni untuk masak mee goreng dengan cucur udang..dulu masa saya makan nasik suka buat ulam je..

    BalasPadam
  5. mmg pun MF, sayur yg senang nak masak. tumis aje dah boleh makan. campak2 dalam mee, bihun, kueytoew pun boleh.
    tak sangka pulak sayur ni byk khasiatnya ya. tp kalau tanam sendiri rasa macam susah pulak nak makan..hihi.

    BalasPadam
  6. banyak khasiatnya.. tapi sayang kak maria, saya bukan peminat taugeh.. hihi..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)