GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makin Bertambah Anak, Bertambah Ilmu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bertambah anak, bertambah ilmu baru dalam hidup kita... Setiap satu perubahan baru dalam kehidupan kita, akan bertambah juga ilmu baru dalam hidup kita kerana guru terbaik dalam hidup kita ialah pengalaman.

Sama juga bila ada anak... bila ada anak, kehidupan kita berubah... masa anak seorang, lain ragamnya... tambah anak kedua, lain pula gayanya... tambah lagi anak... dan lagi... lain pula ragamnya... sebab setiap anak tu Allah jadikan sangat berbeza ragam dan perwatakannya walaupun lahir dari benih yang sama, ditempatkan dalam rahim yang sama...



Pengalaman MF sendiri yang dah tiga anak ni.. cerita pengalaman sendiri la kan.. dan semestinya ianya satu yang indah untuk dikenang...

Kalau nak cerita dari mengandung... sangat berbeza ragam mengandungnya walaupun sama jantina... disebabkan beza ragam tu ramai yang meneka MF ni mengandung anak yang berbeza jantinanya.. terutama masa mengandung kali ketiga nih... dengan bentuk, gaya alahan, gaya selera... ramailah dan majoriti teka anak lelaki.. sekali, anak perempuan... hehe... itulah nak kata... pengalaman tu berbeza...

Sama juga bila dah lahir... ragamnya berbeza... takde yang sama... bahkan kalau anak pertama dan kedua dah besar ni pun bagaikan langit dengan bumi bezanya.. Bila anak kita membesar, dah bersekolah... lain pula pengalamannya... dari kita tak tahu, kita mula kena ambil tahu...

Itulah kuasa Allah yang menciptakan.. Dia cipta berbeza untuk beri kita ilmu baru...kalau sama je.. mesti tak seronok kan.. kita akan bosan.. sebab hidup kita mendatar je... tiada sesuatu yang baru... bila ada sesuatu yang baru... walaupun ianya mencabar.. tapi itulah ilmu baru...pengalaman baru yang menjadikan hidup kita indah dan berwarna-warni...

Begitulah kehidupan kita... kita kena berani berhijrah dan berubah dalam hidup... jangan berada dalam takuk yang lama.. ciptakan yang baru setiap hari.. untuk jadikan hidup kita lebih berseri... 

0Ulasan