GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Beli Kurma Ajwa Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masa mengandung kali ketiga, mula memikir supplement terbaik untuk kandungan kali ni... salah satunya ialah makanan sunnah... kali ni betul-betul fikirkan masa depan.. makin berusia kan.. 

Antara makanan sunnah yang sedap ialah kurma ajwa. 
Kurma ajwa ni memang sedap tapi harganya boleh tahan. Kali terakhir MF beli tahun lepas, masa dok KL.. Beli kat kedai Arab... harga setengah kilo RM60... memang mahal... 

Kali ni, sebab fikirkan sedap, berkhasiat dan berkat... jika nak bandingkan dengan supplement moden kan.. baik beli kurma kan... senang nak amal dan makan.. takde pantang larang... Jadi, tanya kan juga kengkawan yang dok Johor, kat mana boleh beli.. Ada la diorang kongsikan beberapa tempat area Johor ada jual kurma ajwa. 

Memandangkan kekangan masa nak cari tuh, dan jarak yang boleh tahan jauh... jadi, MF google la kot ada yang jual kurma ajwa online... Bila survey ada lah beberapa kedai online jual kurma ajwa online ni... survey harga dan perkhidmatan yang ok.. 

Jadi, dalam banyak-banyak tu, suami cuba SMS dan Whatsapp... 
Dan ada yang reply... dua harga yang berbeza.. akhirnya kami pilih yang mudah berurusan dan harganya murah... Jadi, kami beli di http://kurmamehr.com/  (Updated: website ni dah tak wujud, tapi kami still beli direct wasap dengan owner kurma maher ni.) 


Beli Kurma Ajwa Online!
Beli Kurma Ajwa Online!

Beli Kurma Ajwa Online!
Beli Kurma Ajwa Online!

Mulanya MF nak beli online je... sekali suami senang berurusan dengan whatsapp.. Jadi suami MF uruskan urusan pembelian. 

Alhamdulillah,, mudah berurusan dengan tauke kurma ni,, cepat perkhidmatannya... 

NI kali kedua kami beli kurma ajwa kat sini.. Memang kurma ajwa Madinah yang fresh, baru petik... sebab siap dengan tangkai lagi.. boleh nampak kurma tu memang kurma baru diimport dari timur tengah. Sedap dan fresh... 

Memandangkan kali kedua kami beli, jadi tauke ni beri kami free gift iaitu sebungkus buah tin kering tapi masih baru... Alhamdulillah... tak rugi berurusan dengan taukenya ni... cepat dan mudah berurusan. 

Ok..MF nak kongsi kelebihan amalkan makan buah kurma ajwa... 

Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w.

Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain dan banyak ditanam di persekitaran Madinah. 
Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. 
Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa. 
Sabda Rasullullah SAW.:  “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.” (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)
Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai. 

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari) 
Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.

Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai khasiat perubatan tertentu seperti meningkatkan kadar gula darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan. 
Kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh kerana itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh. 
Kurma seumpama ‘buah ajaib’ seharusnya dijadikan juga pilihan makanan kudapan atau menggantikan makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit. Rasulullah SAW sendiri mengangkat tinggi taraf buah kurma kerana mempunyai nilai-nilai kesihatan yang baik termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang mudah dicernakan oleh tubuh. -shafiqolbu-
Jadi, tak rasa ralat walaupun berlabur duit beli buah mahal ni.. sebab khasiat dan berkah yang ada pada buah kurma ini. Bagi ibu mengandung dan menyusu sangat digalakkan buah kurma ni... MF bawa bekal buah kurma ajwa sewaktu nak melahirkan anak ketiga... alhamdulillah, mudah bersalin walaupun doktor nyatakan komplikasi dan standby untuk Operation... namun, berkat ajwa, doa dan tawakal mudah bersalin normal... 

Buah kurma ajwa ni juga MF amalkan semasa dalam pantang, selain cepatkan sembuhkan luka serta kembalikan tenaga badan selepas bersalin, ianya dapat perbanyakkan susu badan secara alami.. insha Allah.. apa pun.. segalanya dari Allah jua... moga niat untuk ikut sunnah Rasulullah s.a.w beroleh pahala dan barakah dari Allah.. insha Allah. 

Sekian perkongsian dari MF. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ