GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Cerekarama TV3 : KABUS HATI LAILA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak dua menjak ni.. rajin pula layan drama tv... Maklumlah... Anak-anak bukan lagi jenis nak tidur awal.. jadi, sambil tengokkan diorang main..layan tv la kan.. lagipun kalau drama yang takde unsur keganasan.. memang MF tengok la.. kalau tak memang sanggup tak tengok..sebab tak nak anak terikut.

Hari Sabtu lepas Cerekarama TV3, tajuk biasa saja...tapi dari iklan nampak macam best je... Tengok info kat astro nampak best.. jadi layankan aje... Memula layan je sengsorang... Sekali En.somi pun join sekali sebab drama yang berunsur kemasyarakatan ni dia boleh la layan.. kalau cinta cintun memang tak layan dia.

Kisah semalam menarik walaupun agak slow.. biasalah ini drama hasil Sabri Yunus.. MF tahu dah.. kalau drama dia..memang takde unsur cinta cintun muda Mudi.. kebanyakan mesti isu semasa, dan hal kemasyarakatan.

sumber: google image

Kisah "Kabus Hati Laila"  mengisahkan tentang Kassim Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Kassim, baru sahaja meninggal dunia. Arwah Abang Kassim meninggalkan isterinya Laila, dan dua orang anaknya yang bernama Ayim dan Yuni. Pada suatu hari, seorang wanita bernama Anita dengan seorang budak kecil telah muncul. Laila baru mendapat tahu yang rupa-rupanya, abang Kassim mempunyai dua keluarga selama ini. Dia terpaksa menerima Anita dan membenarkan Anita tinggal di rumahnya selama tiga hari. Laila meluahkan perasaan kecewanya kepada Hambali, kawan baik Kassim. Sejak kematian arwah abang Kassim, barulah Laila sedar yang kehidupan mereka dikelilingi hutang dunia.

Plot dan susun atur kisah ni menarik... Walaupun slow... Yang bestnya, kita tak boleh nak agak bagaimana pengakhiran kisah ni.. tu yang tunggu juga hingga habis...

Yang buatkan MF tertanya... Kenapa dia kahwin dengan Anita sedangkan dia tahu dia bukanlah suami yang mampu untuk berkahwin dua... Lagipun dari flashback, Kassim ni seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan isterinya.

Apa pun banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah ni...

Suami jangan terlalu berahsia dengan isteri.
Kassim ni perahsia sangat orangnya terutamanya dengan isteri dia.. dia tak nak isteri dia risau dan fikirkan masalah rumahtangga... Tapi untungnya dia tak berahsia dengan kawan baik dia..iaitu Hambali... Jadi, segalanya terbongkar selepas Hambali menceritakan segalanya kepada Laila.

Jasa yang baik pasti dikenang walaupun selepas mati
Kassim ni selalu dipuji oleh orang sekeliling kerana kejujuran dia... Terutamanya, selepas dia pulangkan duit pelanggan yang tertinggal dalam teksinya... Disebabkan itu, pelanggan dia ni lah selalu membantu Laila selepas Kassim meninggal.

Belajarlah hidup berdikari selepas berkahwin
Di akhir kisah ni baru tahu, rupanya Laila dan Kassim kahwin satu kampung.. tapi Kassim ni selalu diperlekehkan oleh bapa mentuanya kerana dia tak minat nak buat kerja sawah... Dia minat buat hulu parang dan keris sebagai mata pencarian. Kerana itulah, Kassim bertekad bawa anak dan isterinya berpindah ke Kuala Lumpur bina hidup sendiri. Inilah sepatutnya yang kita patut ambil pengajaran.. tujuannya supaya tiada campur tangan orang tua dalam mencorak hal rumahtangga kita... Susah senang biar kita bina dan selesaikan sendiri.

Isteri, Belajarlah berdikari
Pentingnya isteri belajar hidup berdikari.. paling kurang tahu cari wang sendiri... Buat simpanan sendiri... Sebagai bekalan dan hari-hari tak terduga. Macam Laila yang macam orang hilang arah bila suaminya meninggal... Anak terpaksa berhenti belajar kerana tiada pendapatan...

Anak-anak Berilah Sokongan Moral Kepada Ibu
Anak-anak Kassim ni ikut emosi .. biasalah remaja kan... tapi sangat tak patut melemahkan lagi moral mak dia yang cuba nak berniaga dan berdikari sendiri. 

Kita susah, tapi ada lagi yang lebih susah
Begitulah selingan dalam kisah ini... Bila mana, anak lelaki Laila yang tengah mencari kotak untuk dijual, tetiba ada dua orang kanak-kanak gelandangan memerlukan kotak tu untuk tidur... Hidup mereka lagilah merempat selepas kematian ayah mereka. Perkara ini menginsafkan dia dan juga penonton. Itulah realiti, bila kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. 

Ini antara pengajaran yang dapat MF dapat tuliskan di sini... Drama ni memang slow sikit, tapi seronok sebab pelbagai persoalan akan kita tertanya-tanya... 


Apa pun endingnya best... Bila mana, akhirnya Laila barulah tahu, kenapa suaminya kesempitan wang... Suami Laila menanggung beban hutang bank sebanyak RM1000 setiap bulan kerana menjadi penjamin kepada adiknya yang lari masa beli tanah. Dia juga berkahwin dengan Anita kerana ingin menyelamatkan maruah dan nyawa Anita iaitu janda beranak satu yang mahu bunuh diri terjun jambatan kerana ditipu lelaki yang bakal kahwininya semasa hari pernikahan mereka. Atas sebab itulah, dia kahwin... dan anita tu adalah adik kepada hambali... sebab tu juga Hambali sentiasa tolong Anita...

Hobi arwah Kassim, iaitu membeli keris dan parang dengan hulu parang yang unik sebagai koleksi rupanya ada nilai dan pelaburan yang sangat berharga. Selepas arwah meninggal, anaknya pulangkan semula keris dan parang tu kepada Hambali..dan Hambali jual ke semua barang tersebut dan duitnya diserahkan kepada Anita. Maknanya kat sini, hobi dan minat kita sebenarnya, jika kita pandai manfaatkan akan jadi satu pelaburan yang berguna untuk zuriat keturunan kita. 

Drama sebegini bagus ditayangkan selalu berbanding drama cintan cintun remaja... Moga drama kisah kemasyarakatan dan isu semasa, lebih diperbanyakan oleh penerbit filem dan drama tempatan..untuk mendidik jiwa masyarakat kita hari ini.. 

3Ulasan

  1. kan..betul tu maria..cerita ni memang banyak pengajarannya..akak dapat tengok sampai separuh je,sbb mata dah kelat...

    BalasPadam
  2. Memang best drama nie, tapi ending dia macam tergantung sikit.. Contohnya Ayim kata nak balik kampung jenguk mak dan adik tapi tak sampai2 pun kat kampung.. Sekurang-kurangnya Ayim boleh dengar sendiri apa Hambali dan adiknya ingin sampaikan... kan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ