div id='header-inner'>

Koleksi Kartun Untuk Anak-anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Anak-anak biasa berhibur sambil belajar... MF suka memilih pendekatan belajar sambil berhibur, tanpa memberi tekanan kepada anak-anak supaya anak cepat pandai...

Takde nak target, 5 tahun mesti boleh ini... 6 tahun mesti boleh ini... NO!, MF bukan ibu yang macam tu.. Apa yang MF tekankan pada usia 3 hingga 5 tahun ialah ADAB!!!. Bab akademik tak ditekankan sangat... itu MF serah kepada guru untuk mengukuhkannya, dan di rumah MF cuma buat ulang kaji apa yang dia belajar di sekolah.

Di rumah, anak-anak banyak berhibur dan belajar melalui video dan kartun...




Ini adalah sebahagian koleksi video kartun luar negara yang MF dan suami kumpul sejak 3 tahun lepas... Kalau tak silap lebih 100GB kartun yang ada ni... Kalau nak jual boleh sangat... tapi MF tak nak jual dan ambil keuntungan atas angin.. Kalau nak boleh cari di Youtube dan Internet.. Banyak koleksi kartun yang boleh didownload terus ke laptop atau komputer... guna tablet dan smartphone pun boleh...

Kebanyakannya, kartun english dan telah pun MF dan suami tapis dulu sebelum bagi anak-anak tengok.

Kenapa MF pilih kartun english???
Sebab MF tak nak anak terikut dengan bahasa percakapan Melayu... MF ada bagi anak tengok video Upin Ipin, tapi anak-anak mudah ikut beberapa perkataan yang tak bagus untuk diikut... Jadi, MF memilih kartun omputih je...

Kartus Inggeris, banyak juga moral dan nilai kemanusiaannya... seperti kartun Claoudy A Meet Ball, A Good Dinasaour, dan pelbagai jenis tajuk kartun yang lain.

Kartun yang jadi pilihan MF untuk anak-anak tengok ialah kartun berunsurkan binatang dan alam haiwan... biarkan mereka lihat haiwan dan dekat dengan alam haiwan.. kartun macam barbie, atau jenis fiksyen dan dongeng memang tak bagi tengok sangat... Takut terpengaruh dengan imiginasi kartun tu..

MF tak bagi sangat anak-anak tengok rancangan kartun di TV berbayarr... kalau buka TV pun bagi tengok Tutor TV je.. Yang lain banyak tengok kartun yang dah pun di download dan disimpan dalam external hard disk khas untuk anak-anak. Pasang kat TV, dan tonton bersama...

Mendidik melalui kartun, satu pendekatan untuk belajar sambil berhibur.. Ada juga video pembelajaran yang MF ambil dari Youtube... seperti belajar suku kata, lagu-lagu untuk kanak-kanak serta video hiburan menyanyi yang sesekali dipasang untuk anak-anak.

Biasanya MF layan sekali kartun-kartun ni... jadi, sambil tengok boleh ceritakan moralnya sekali...

Alhamdulillah, anak-anak tak ketagih tengok TV, paling lama 30 minit je tengok.. lepas tu tv tu jadi background muzik je la.. diorang dah main mainan lain dah... Jadi, MF rasakan itu solusi yang ada untuk elak anak ketagih gadjet juga... 

Catat Komen

4 Ulasan

  1. perghhh.. banyak.. hehe.. x payah bazir data tgk online berulang2.. hehe

    BalasPadam
  2. akak nak !!!!! hahaha.. CT pun suka gak tengok ahaha..

    BalasPadam
  3. bagus ni maria..anak akak yang kecik tu,suka dengan lagu phonic song..so akak download satu untuk dia..nanti boleh la download lagi..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)