بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Anak umur 0-7 tahun, ajarkan anak dialog mudah-mudah tentang ALLAH.
Contoh,
Ayah: Anak, mari makan.
Anak: Tak mahu
Ayah: 'Allah yang suruh' kita makan.
Selesai makan..
Ayah: Alhamdulillah, jom ucap 'terima kasih kat Allah'. Allah bagi kita lauk sedap... Bagi kita kenyang...
Dialog tentang Allah perlu ulang-ulang sentiasa.
"Allah kan ada.."
"Kita ada Allah.."
"Allah sentiasa bersama kita"
Kalau sedang dalam masalah, minta dan ajak anak doa sama-sama...
Bukankah anak-anak kecil tiada dosa, suci, dan doa mereka lebih dengari :)
Contoh,
"Sofia, doakan kita dapat parking, supaya kita boleh beli barang, doa 'Ya Allah,nak parking.. Ya Allah, nak parking"
Dialog-dialog seperti ini, sebenarnya bukan sahaja untuk membangunkan tauhid untuk anak, tapi juga bagi ibubapa yang mengucapkannya... :)
~Ustaz Ebit Lew~
Jom kita amalkan bersama...
Sebut bab doa kan.. MF nak kongsi satu pengalaman MF didik anak amalkan doa... Seingat MF, doa pertama MF biasa ajar anak ialah doa tidur dan doa makan. Si kakak tu ringan mulut, usia 2 tahun dah petah bercakap... Jadi, usia 3 tahun dia dah boleh hafaz doa yang selalu diulang-ulang.
Doa makan ni, dia akan baca ketika buat apa sahaja. bukan masa makan je.. Termasuklah ketika naik kenderaan... Dia akan tadah tangan dan baca doa makan. Bila MF cakap "kakak, baca doa kita dah nak gerak ni", pantas dia tadah tangan dan baca doa makan.
MF pun aminkan doa yang dia baca... Nak cerita yang doa anak kecil ni mustajab sebab anak syurga yang takde dosa dan noda kan... Allah mudah makbulkan doanya... Apa jadi??? Yang MF perasan sangat, setiap kali ambil kakak dari rumah pengasuh dan dia bacakan doa makan ni sebelum gerak balik ke rumah, perjalanan balik kami sangat lancar dan tak tersangkut dalam kesesakan jalan raya pada petang yang dia bacakan doa tu... Banyak kali sangat MF perasan perkara ni...
Ya Allah... nak tunjuk tu kan.. doa anak kecil ni.. fitrah anak tu suci dan bersih.. Jadi, mengapa tidak kita isikan hati nurani anak kita dengan amalan yang bersih dan suci serta ajar dia mengenal Allah... Lazimilah zikir... Ajarlah dia al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah sedari awal... Insha Allah, bila iman dia kukuh... hatinya tak mudah goyah dengan cabaran dunia.. mudah-mudahan..insha Allah...
yup..kena aja anak2 kenal Allah dari mereka kecil..kena didik mereka sayang rasulullah juga. InsyaAllah kekal di dalam hati mereka bila besar kelak..amin..
BalasPadamwww.ceritaejoy.com
Memang suka dgn Ustaz Ebit Lew..
BalasPadamSelalu bagi kita yg mudah utk kita praktis kan MF.
TERIMA KASIH.ia buat saya rasa sebak...
BalasPadamnice sharing
BalasPadamada aida amalkan tang sebut nama Allah tu, maria.
BalasPadammcm cth maria bagi tu la kan :)
"jgn buat .... nanti Allah marah"
"solat... nanti Allah bagi apa adik kakak nak"
"makan abis... nanti Allah x bagi adik kakak makanan sedap lg"
tu jer sebeno nyer yg akan buat anak2 aida ikot arahan, most of the time la.
and sharing satu lagi, time aida pregnant awal2. aida suh adik kakak doa agar dpt adik lelaki.
Allah Maha Mendgr. and yes doa mereka terus sampai kpd Allah.
lahir la izzat yg sihat :)
tq maria, for sharing :) a great ideas.