بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Jiran.. apa makasud jiran? Ikut Islam Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita kira-kira 40 buah rumah setiap penjuru, atas, bawah, kiri kanan, depan belakang. Kalau dok kampung, rumah jauh-jauh kira jiran juga sebab 40 buah rumah kan.. kalau rumah flat atau rumah teres kiralah sampai 40 buah rumah.. itulah dikira jiran...
Citer bab jiran ni kan... nak tak ndak.. pasti kita akan jumpa pelbagai jenis dan perangai jiran yang pelbagai ragam... Masa MF di KL dulu, 3 kali berpindah, dan jumpa 3 ragam jiran yang pelbagai... Sekarang dah dok rumah sendiri... rumah taman, lagilah jumpa jiran yang macam-macam peel..
Sumber: google images |
Dalam banyak-banyak hal, pasti pernah ada yang terkena jiran macam ni...
1. Kaki penyibuk hal orang lain.
Tak salah sibuk atau bertindak sebagai 'jaga tepi kain orang' bila hidup zaman sekarang sebab macam-macam kes jenayah boleh berlaku. Tapi janganlah sampai sibuk nak komen lebih-lebih bab susun atur dalam rumah. Pasal orang beli barang baru... Aduhai, bengkak hati orang kalau dengar bab ini. MF tak jumpa jiran macam ni... sebab MF jarang join bersembang dengan jiran begini.
2. Parking depan pintu pagar
Selalu jadi yang ni... Memang bengang... Baru nak parking depan rumah, tetiba dengan slumber ada jiran letak keretanya. Sudahlah kalut nak masuk rumah, tetiba nampak situasi ini. Lagi sakit hati kalau orang yang buat tak tinggal nombor telefonnya langsung! Bahkan kadang dia buat kenduri atau saudara mara dia datang, slumber je park depan pagar rumah kita... dah terpaksa suami terpekik cari siapa empunya kereta..
3. Pengotor
Yang ini mungkin anda selalu kena, tambah kalau bab sampah. Sesetengah jiran suka buang sampai letak tepi tong sampah. Sudahnya binatang rabakkan plastik dan akhirnya bau semerbak. Lagi teruk kalau sampai berterabur dan jadi 'makanan lalat'. Ini pengotor! Jiran macam ni memang geram habis... sebab memang majoriti masyarakat Malaysia suka sampah kan..
4. Kenduri tak berjemput
Selalunya orang hormat bila bab kenduri sebab esok-esok nanti kita pun nak kenduri sama. Tetapi agak-agaklah kalau buat kenduri, guna kawasan tanpa jemput kenduri. Terasa 'menyengat' kalau situasi ini berlaku. Tolonglah belajar tegur-mengur dan tanam sikap minta izin dalam bab ini. Ini menyusahkan orang lain kalau sampai laluan nak masuk rumah pun dipenuhi dengan dengan khemah. Dok sebelah rumah tak jemput... ko rasa macam mana??? Pernah juga buat kenduri, tapi jemput dengan kertas, sedangkan sebelum kenduri tu hari-hari hadap muka jiran... tak pula jemput dengan mulut.. Aduhai.. macam tak ikhlas je nak jemput kan... kita tak kisah tak jemput, tapi adab tu penting.
5. Bising
Mulut bising memang dah biasa tetapi kalau hari-hari memekak dengan pasang lagu kuat, itu dah masuk kes 'pencemaran bunyi'. Ya, masalah ini selalu berlaku bila kenduri atau anak muda yang suka berkaraoke di rumah. Kadang kena hormatlah situasi orang lain, mungkin jiran kita ada anak kecil yang tidurnya langsung tak boleh bising. Bab ni susah gak nak menegur.. kalau musim kenduri... tahan telinga je la.. Pernah juga suami cakap, sebab dah pukul 12 malam dok mengetuk dinding rumah, bersembang kuat.. apa kes kan...
6. Bela binatang tapi tak tahu jaga
Alahaaiii... ini memang serba salah. Tambah yang suka bela kucing atau kambing. Tuan yang bela binatang kena ambil tahu juga kot binatang kesayangan ada 'membuang' merata. Atau mungkin makan tanaman orang. Kalau berlaku, anda wajib bersihkan dan pastikan binatang anda tak buat hal. Alhamdulillah, takde jiran macam ni.. tapi kat KL dulu pernah juga... tuan sewa rumah kami pun bising, sebab kucing orang lain membuang di parking depan rumah... haishh.. tak boleh salahkan kucing... tapi salahkan tuan kucing...
7. Sombong
Buat hal masing-masing tak jadi masalah tapi apa salahnya bertegur-sapa dengan jiran sendiri. Nak minta tolong pun senang. Orang dulu-dulu, kalau nak tinggal rumah siap boleh bagi kunci pada jiran sebelah suruh tengokkan rumah. Begitu indahnya sikap yang disemai. Tapi kenapa nilai positif itu mula dilupakan dan lebih memilih buat hal sendiri. Tak tahu lah sombong ke tak.. tapi dah kita bagi salam pun tak berjawab camne citer kan..
Olahan idea: Karangkraf.com
Kami pun bukanlah nak kata jiran yang perfect, tapi kita masih jaga adab berjiran... Time susah, orang dekat tu juga senang nak minta tolongkan... Jangan pentingkan diri sendiri... sebab kita mati pun tak boleh masuk kubur sendiri kan...
macam hari-hari hadap benda macam dekat atas tu..hehe..
BalasPadamwww.ceritaejoy.com