div id='header-inner'>

[VIRAL] Drypers Baru Tiada Kualiti - Nipis dan Cepat Bocor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kecoh sejak bulan Ramadhan lagi... Tapi lepas raya semkain menjadi-jadi viralnya... Katanya lampin pakai buang jenama Drypers dah makin kurang kualiti... nipis dan cepat bocor... Tapi harganya makin mahal dan kuantiti makin sikit... MF tak pasti isu ni betul ke tak, tapi diakui oleh beberapa rakan Facebook MF bila MF post pasal viral ni di Facebook. 

MF pengguna Drypers untuk anak-anak sejak anak sulung. Sekarang dah 5 tahun... Memang tak pernah tukar jenama lain.. Tapi pernah juga guna jenama lain waktu-waktu terdesak macam waktu balik kampung atau travel..semasa kehabisan stok drypers yang di bawa. 

Setakat 5 tahun guna jenama Drypers ni, tak pernah lagi berlaku kes mudah bocor ni... Malah, anak-anak pun serasi guna jenama Drypers... Tak mudah ruam, dan kekal kering sepanjang malam... Tapi kami masih guna Drypers yang design lama... Tak pernah beli lagi batch dan design terbaru ni... Jadi, tak boleh nak komplen apa la kan. 

Namun begitu, bagi yang mudah bocor tu tak pasti.. tengok juga cara pakai, dan juga setiap label di pek pembungkusan ditulis berapa berat dan berapa kali kencing yang lampin tu boleh tampung kan... Kalau terlebih, mungkin tu sebab bocor... sebab tak semestinya nipis cepat bocor... sama macam lampin pakai buang kegunaan wanita tu kan... ada je jenama yang nipis tapi berkualiti... 

Lagi satu, kami jarang beli Drypers yang dijual di pasaraya-pasaraya besar macam Giant, Tesco ataupun AEON. Kalau kat KL kami biasa beli kat kedai baby ataupun kedai runcit biasa je... sebab harganya lebih murah dari yang biasa jual kat pasaraya. 

Namun, apa yang pasti memang Drypers naik harga mendadak selepas GST. Tapi, orang tak kisah kalau harga mahal kualiti baguskan... Macam jenama Mommy Poko, memang harga mahal tapi setanding dengan kualitinya. MF pun pernah beli dan pakaikan jenama Mommy Poko kat anak-anak MF... sampai tak nak tukar pampers walaupun dah melendut lampinnya... punya la selesa kan... haha... Tapi harganya, mak aihhh... lebih mahal dari harga beras sebulan kan... Mahal sangat tak mampu la pula kan... 

Jadi, sebab harganya paras sederhana sebab tu juga masih kekalkan dengan jenama Drypers ni... Masih mampu beli dan mudah didapati di kebanyakan kedai walaupun kat ceruk kampung... Jenama Fitti pun pernah cuba, tapi tak sesuai dengan kulit anak... sama juga dengan Pet Pet... Tak sesuai dengan kulit anak... Naik ruam... Jadi, kekal dengan Drypers walaupun dengar macam-macam orang adukan pasal Drypers. Namun, Alhamdulillah la setakat hari ni tak pernah jadi lagi seperti yang diviralkan. 

Apa pun, pihak Drypers tolonglah ambil tindakan segera mengenai aduan pengguna... Jangan buat tak tahu je... Sama juga dengan Club Drypers... Selepas MF adukan kat Club Drypers baru ambil tindakan... selama berbulan memang tak terlayan pun email kita hantar tu... Tapi baru ni cepat pula dapat barang yang MF redeem point dari Club Drypers... seminggu je dah sampai barangnya.... 

Tolong ye Drypers, jangan aniayai pengguna setia... ramai pengguna drypers, jangan sampai kami boikot, drypers juga yang bankrup nanti kang... sebab lampin pakai buang pun banyak dah lebih murah dan berkualiti. 

Haihhh, bila jadi macam ni, susah hati juga... nak cari lampin yang sesuai dengan anak tu bukan mudah... nak kena try dan error... Setakat ni, pakai la dulu Drypers tu... tengok la camne nanti... Selagi tak berlaku seperti yang diviralkan.. pakai aje kan... 

Cuma, ada perkongsian dari beberapa rakan MF, Drypers sesuai untuk bayi perempuan, tapi kalau bayi lelaki lebih sesuai guna jenama Huggies sebab lebih panjang cawatnya... Tapi, rata-rata MF tengok jenama lampin ni hampir sama je harganya... sebab MF dan suami suka survey harga dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi kalau tengok promosi, memang tak lepas peluang untuk beli. 

Drypers Malaysia, sila ambil serius dengan isu ini... Please jaga kualiti anda... walaupun anda terbeban dengan GST, tapi jangan sampai kami pun kena tindas sekali... 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. setakat ni saya guna drupers pun ok saja

    BalasPadam
  2. Macam2 sekarang ni. wawa tk ernah ade pengalaman dengan anak, so tak tahu sangat laa.. hihi

    BalasPadam
  3. boleh buat aduan di eaduan kpdnkk. semoga ada penambahbaikan

    BalasPadam
  4. Ada gak baca pasal drypers ni. Memang makin mahal.

    BalasPadam
  5. guna drypers gak.bg sy pek biru ok ja.beli stok byk2 time offer.klau yg pek kuning tu mmg cpt bocor.penah beli pek kuning ms stok biru mahal.mmg cpt bocor & kulit aqil x tahan.jd ruam. so smpai sekarang kami still dgn drypers pek biru sbb ada size paling besar xxl yg muat2 aqil :p

    BalasPadam
  6. betul.. sy pengguna tegar pampes drypers.. stakat ni.. pampers dia semakin nipis.. lebih bek beli whoopee jer.. murah dan ok.. dr drypers yg harga mahal dan kualiti xder

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)