Salahkah Ingat Hari Raya Bila Tiba Hujung Ramadhan???

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Persoalan yang timbul... Bila ada dua pihak berbalah..bertekak pasal amalan hujung Ramadhan, dan persediaan hari raya... 

Salah ke kalau kita nak ingat hari raya, buat persediaan raya di hujung Ramadhan ni... walaupun ramadhan tak habis lagi...


Sebelum nak cari jawapan, betul ke salah, kita kena tahu dalil nas tentang hari Raya yang pernah disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w:


Antara dalil nas tentang hari raya:

1. Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”

2. Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”

3. Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

4. Imam Tabrani r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

5. Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya:
Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

6. “Ertinya : Dari Abi Hurairah , sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda. Shaum/puasa itu ialah pada hari kamu berpuasa, dan Fithri itu ialah pada hari KAMU BERBUKA. Dan Adha itu ialah pada hari kamu menyembelih haiwan”.


Daripada dalil hadis ni, memang dianjurkan kita meraikan perayaan kita, tapi dengan cara dan sunnah yang dianjurkan agar pahala sebulan yang kita kumpul tu tak sia-sia... 


Tak salah nak buat persediaan asalkan berpada-pada dan jangan sampai mengabaikan pecutan akhir Ramadhan... Sememangnya Allah nak uji betul mana hamba-Nya yang betul-betul bertakwa dan mengharapkan keredhaan Allah... 

Sebab tu, bila hujung Ramadhan, jualan murah raya di sana-sini, sakit dan dugaan bermacam-macam... dan ada sahaja yang datang menguji... Tapi bagi hamba-Nya yang bertakwa dan beriman... segalanya ditempuh dengan redha dan sabar serta harapkan keampunan Allah. 

Jadi, dalam membuat persiapan hari raya, biar berpada, jangan lupakan ibadah yang utama... gandakan amalan agar beroleh barakah... Buatlah persiapan dan dalam masa yang sama jangan lupa Allah... boleh gitu??? Maknanya, waktu beli belah, jangan sampai lambatkan solat, jaga pandangan mata, jaga telinga dan mulut... dan paling penting jaga hati... Insha Allah.. moga kita beroleh barakah dan hidayah.
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. ramai juga kawan2 yang share status mengingatkan berpada2 nak sambut raya sampai lupa malam2 terakhir ramadhan.. kan kadang2 mak mak ni memasak terus lupa dah trawih hehe..

    BalasPadam
  2. selamat hari raya Kak Maria.. maaf zahir batin..

    BalasPadam
  3. agreed. boleh buat preparation, bergumbira dgn famili.
    but Allah jgn lupa. lepas settle, baru la bergumbira.
    berpada-pada...

    BalasPadam
  4. Selalunya hujung-hujung bulan posa ni, orang sibuk nak buat persiapan raya sampaikan ada sesetengah orang dah ponteng terawih

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !