div id='header-inner'>

Isteri Benarkan Suami Kahwin Lagi Dikurniakan Payung Emas di Syurga???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah payung emas sering dikaitkan dengan poligami... Poinf utama suami-suami yang nak berbini lagi... Kononnya, isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi dijanjikan payung emas di syurga...

Benarkah begitu???  Ada hadis sahih ke??? Ikuti penjelasan  dari nukilan Mufti Wilayah Persekutuan...


Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. 

Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

• Firman Allah SWT:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

• Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan 

Jadi, siapa yang dok mereka bab payung emas ni kan... Memandai je kan... Alasan nak poligami...  Poligami memang tak salah tapi tak betul kalau tak patuh hukum syarak... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Hhm biasalah suami yg nk kawin lg mcm2 ftwa sendiri dikeluarkan utk menyedapkan hati isteri. Asalkan kehendak mereka ditunaikan.
    Ops sori MF ter emo pulak

    BalasPadam
  2. selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D hari tu pun baru dengar takde istilah payung emas ni..hmm, kena belajar banyak lagi ni takut silap kan...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)