div id='header-inner'>

9 Sunnah Bertemu dan Melayan Tetamu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Musim raya ni.. ramai la jadi tetamu dan menerima tetamu kan...
Jadi, jom ikut panduan ni, dalam menjadi tetamu dan melayan tetamu supaya beroleh barakah dan pahala...



1. Memenuhi jemputan
Jika orang jemput ke rumah, sunnah kita penuhi hajatnya... jika tiada keuzuran dan halangan yang tak dapat dielakkan.

2. Meminta izin sebanyak 3 kali. Jika tidak berjawab, berlalu pergi atau pulang sahaja. Ada yang masih tak tahu adab ni, hingga sanggup gegar pintu pagar rumah orang dan panggil melebihi 3 kali bahkan ada yang sampai menjerit.

3. Larangan mengintai.
Sebab tu, bila ketuk pintu, kena berdiri disebaliknya, bukan betul-betul depan pintu. Tujuannya nak jaga aib tuan rumah, mana la tau, tuan rumah baru nak pakai tudung ke pakai baju waktu tu... Jadi, berdiri disebalik anak pintu.

4. Larangan menjawab "Saya" jika ditanya "Siapakah itu?". Ini info baru yang MF pun baru belajar... Moga kita dapat praktikkan nanti.

5. Digalakkan mengucap "marhaban" ketika tetamu datang. Maknanya mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah.

6. Meminta izin jika membawa tetamu yang tak diundang. 
Contohnya, bawa kawan ke tunang ke... sedangkan kawan tersebut tak dijemput. Tapi adat dan adab kita, tak kan nak halau kan... Jadi, tak salah kita alu-alukan...

7. Tetamu tak duduk melainkan dengan izin tuan rumah.
Tuan rumah suruh duduk, baru kita duduk... Kat mana tuan rumah suruh duduk, situ la kena duduk... kalau dia kata luar rumah, luarlah kan..

8. Tetamu mendahulukan tuan menjadi imam solat. 
Ini jarang la nak jumpa bab solat ni.. Tapi bagi MF, tengok waktu.. jika dah petang nak masuk Zohor, Asar atau Maghrib, memang dah sedikan satu bilik khas untuk tetamu solat. 

9. Digalakkan hantar tetamu ke pintu.
Ini pun biasa kita buat kan.. bukan takat pintu sampai ke pintu kereta kita hantar kan.. 
Alhamdulillah.

Alhamdulillah... masih ramai yang amalkan adab dan sunnah ni... sesuai juga dengan adab kita orang Melayu.. jadi adab dan sunnah ni masih terpelihara. Ajarkan juga adab ini kepada anak-anak kita semasa bertamu ke rumah orang lain. 

Catat Komen

0 Ulasan