div id='header-inner'>

Prihatinlah Pabila Guna Surau di Tempat Awam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Prihatinlah Bila di Surau Awam!

Tergerak nak tulis sebab kali ketiga mengalaminya...

Bila rajin travel kita akan temui pengalaman begini..

Bila guna surau di tempat awam tolonglah prihatin dengan orang lain...  Jangan ambil sikap pentingkan diri sendiri dan buat tak endah orang sekeliling....

Pertama sekali MF pernah jumpa masalah ketidakprihatinan ni kat surau di sebuah pasar raya Wangsa Maju..

Ramai nak solat maghrib masa tu... Namun,  ada seorang perempuan duduk di bahagian hadapan sambil baca buku ilmiah... Sedangkan di belakangnya ramai berdiri nak solat sebab suraunya takde lah besar mana.  Serba salah nak tegur...

Kali kedua jumpa di Mydin...
Yang jadi ralat.. Bila ada seorang perempuan yang masih bertelekung dok bahagian depan dekat dengan kerusi yang... Kerusi tu mak mentua MF nak guna sebab dia memang tak boleh solat biasa.

Bila lihat dia dok depan kerusi tu,  mak pun kata la "nak solat kat mana"... Sekali perempuan tu cakap... Ambil la kerusi ni,  sembahyang kat hujung sana.. Tanpa lihat muka kami pun... Tanpa banyak soal, mak pun solat la dekat hujung,  sebelum MF mula solat... Ternampak rupanya dia nak dok make up... Dah habis solat rupanya... Hmm...  Hanya mampu istighfar dalam hati je la..

Kali ketiga jumpa kat RnR pula...  Sama juga dengan kes kerusi yang digunakan untuk solat... Ternampak sorang perempuan tengah ralit main hp... Dok atas kerusi... Kalau MF tak tegur dan tanya... Agaknya memang syok la dia dok atas kerusi tu... Padahal kerusi tu disediakan untuk kegunaan orang yang tak mampu solat secara normal.

Tu belum masuk kes buka pintu luas-luas lepas keluar dari surau hingga ternampak orang lain yang tengah solat. Ada juga kes tak lipat dan kemaskan telekung sejadah... Ataupun tak cuci muka betul hingga lekat bedak kat telekung awam...

Tu la akhir zaman kan.... Lebih ramai orang bersikap sendiri-sendiri...  Kurang prihatin dengan orang sekeliling... Ni tempat solat...  Kalau kat surau lelaki pun sama juga... Kadang buat solat berjemaah tak kena tempat dan waktu.... Waktu solat yang pendek dengan solat berjemaah di surau yang sempit...  Dah berbaris beratur kat luar.. Situasi biasa kita jumpa kan...

Entah la..  Tak tahu nak kata apa kan...  Memang sedih la... Kita nak buat pahala..  Tapi dalam masa yang sama kita susahkan orang lain... Sedangkan Nabi ajar mudahkan orang lain.. Tapi kita..  Sama-sama muhasabah diri.. 

Catat Komen

7 Ulasan

  1. SUSAH KALAU ADA SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

    BalasPadam
  2. yang renyuk2 telekung pun ada walau dah di siap kan hanger dan tempat gantung telekung...sebab tu saya suka bawak telekung sendiri pi mana2..agaknya lepas ni MF kena bawak kerusi sendiri pulak la nampaknya..biasanya kerusi dalam surau bukan banyak..ada satu je..tapi yang tak paham bahasa ni dia ingat kerusi ni untuk dia duduk bersolek, main henpon bagai..

    BalasPadam
  3. Yang pasal perempuan tu, memang betul.. memacam orang dah jumpa..

    Tapi, yang part laki tu susah jugak nak control.. sebab kalau sorang laki tengah solat, then datang laki yang lain, mesti akan ada yang jadi makmum laki tadi.. so, unexpected thing.. humrh... maybe surau tu kena dibesarkan lagi ke...

    BalasPadam
  4. Bukan saja di kalangan wanita, di kalangan lelaki pun sama. mentalitinya hampir serupa tak kira jentina. Yang paling tak tahan ialah dia dah habis solat, tapi masih guna sejadah walaupun dia perasan ada tetamu yang perlukan sejadah. Apa salahnya wirid atas lantai tanpa lapik sejadah. Just nak wirid aje pun, bukan nak sujud lagi. Kesian tengok brother yang terpaksa sujud di atas lantai. Walaupun bersih tapi sekurang2nya jika dilapik sejadah lagi kusyuk brother tu solat. Dia nak sujud pun yakin akan kebersihan lantai tu.

    BalasPadam
  5. ermm..apala..kalau nak buat semua tu tengok orang lain nak solat

    BalasPadam
  6. setuju tuh MF, kadang klu akak semak mata tgk kalau telekung ngn kain tak lipat or letak elok... berterabur main campak2 je...
    kita yg semak mata tlg lah lipatkan ke sangkutkan elok2 tp ada jgk yg jeling2

    BalasPadam
  7. saya ni kat suaru tempat keja pun sama MF
    kadang tak paham dengan mereka ni
    niat dah betul, nak solat
    tapi kelakuan buat orang lain pula panas jiwa
    kan bagus kalau kita permudahkan urusan orang lain

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)