Ini Sebab Saya Memilih Untuk Memasak Dari Membeli di Bazar Ramadhan!

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, dah masuk 10 akhir Ramadhan.... dan alhamdulillah juga kali ni tak sekali pun jengah bazar Ramadhan. Alhamdulillah...

Dengan kudrat yang ada, gigih juga memasak walaupun tak seberapa... dan ini tahun kedua, MF memasak sepenuhnya sepanjang Ramadhan dan ada kalanya diselang seli dengan suami memasak... Maknanya kami menolak untuk membeli juadah di bazar Ramadhan....

Alhamdulillah... syabas untuk diri sendiri... rekod baik dua tahun... eh... ini bukan entry nak riak ke hapa eh... ini entry reward diri sendiri... dan MF tak kondem orang yang beli juadah untuk berbuka puasa ya... MF citer pasal diri sendiri je ni... bukan hentam orang lain... Don't Negative Thinking Ya...

Antara sebab utama MF memilih untuk memasak sendiri, ialah kerana MF dan suami bukan jenis kaki makan... Kami berdua makan tak banyak.. terutama bulan puasa.. lagi lah... rasa membazir sangat kalau beli... apatah lagi kalau pergi buffet ramadhan...

Yang keduanya, pastilah untuk kejar pahala..

Ha.. para isteri, waktu nilah waktu nak kejar pahala ekstra... Banyak sangat ganjaran pahala bagi yang memasak dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa...

Jadi, bagi yang kerja tu, MF yakin bulan puasa ni majoriti balik awal kan... dan kalau terlibat dengan kesesakan jalan raya yang teruk tu tak dapat la nak elak... Tapi balik, masaklah apa sahaja...

MF siap standby makanan dalam tin... tinggal panaskan je... walaupun bukan kita masak sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita sediakan makanan tu....


Sebab lainnya, sebab jimat... masak ni lebih jimat... seminggu sekali beli lauk, boleh masak macam-macam.. berbanding kita beli dan makan terus... memang jimat tenaga tapi tak jimat poket. Sebab sekali pergi bazar mesti melayang juga RM20 ke atas... 

Apa pun alasannya, MF nak tekankan kat sini, jangn culas sediakan makanan untuk orang berbuka puasa... Kalau dapat sediakan untuk jiran-jiran lagi bagus kan... 

Apa pun, sesekali nak membeli takde masalah... tapi lebih nikmat masak sendiri dari beli sebenarnya... Penat memang penat tapi satu kepuasan bila ianya dimakan habis oleh orang yang berbuka kan...

Tahniah kepada semua jika dapat kekalkan rekod memasak tanpa membeli juadah berbuka secara membazir....

P/S: Sila baca entry ni dengan nada yang positif... takut juga entry macam ni orang kata dan pusing cerita pula kan...
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. BETUL TU..Wawa kali ke2 pergi bazar semalam, rasa nak beli semua.

    alhamdulillah, banyak mak masak. wawa tolong2 aja.. hehe
    balik kerja semua dah siap..hihi

    BalasPadam
  2. mask je ape ade..dpt plak suami yg tak byk songeh..sronok je msak mkn n kenyang ..jimat!

    BalasPadam
  3. kadang nak bagi jiran,,jiran pun tak ada..sedih

    BalasPadam
  4. Better masak sendiri dari beli juadah luar.
    Bila masak kita tahu mknan tu mcm mana kan.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !