div id='header-inner'>

Cara Rangupkan Ikan Bilis Goreng!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah.. Rezeki balik kampung baru-baru mi, buatkan MF berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk borong ikan bilis sebanyaknya. Tapi tak dapat banyak sebab harga ikan bilis naik sekali ganda dari yang MF pernah beli pada tahun lepas.

Dapat la beli ikan bilis segar siap belah dalam 2kg. Tu pun cecah harga hampir seratus ringgit. Memang mahal.. Tapi beli juga sebab ikan bilis segar dan ikan bilis jenis tu susah nak dapat kat Johor ni.. Melainkan kena pergi ke tepi laut juga.

Dah balik Johor, gembira la hati dapat makan ikan bilis... Jika dulu ikan bilis makanan orang kurang berada, tapi rasanya tak dah sekarang ni... Sebab mahal.

Resepi biasa ikan bilis ialah sambal la kan.. Tapi sebelum nak buat sambal kena goreng garing. Goreng garing dan rangup baru sedap nak makan...

Jadi, MF nak kongsikan beberapa petua la untuk rangupkan ikan bilis goreng.

Pertama sekali, sebelum membeli ikan bilis... Pilih ikan bilis yang putih dan nipis. Ini kerana ikan bilis yang gelap dan tebal biasanya agak liat dan payah nak rangup walaupun digoreng lama.  Jadi, pilih ikan bilis yang putih dan nipis untuk lebih rangup apabila digoreng.

Tips lain, semasa nak masak tu, jangan rendam ikan bilis terlalu lama di dalam air. Bagus dan terus bilas serta toskan. Jangan biarkan ikan bilis terendam dalam air hingga lembik... Ini akan menjadikan ikan bilis jadi liat selepas digoreng dan disejukkan.

Petua lain... Ada yang merendam ikan bilis dalam cuka makan selama 3-5 minit sebelum digoreng. Katanya ikan bilis goreng akan lebih rangup dan tahan lama. Petua ni MF dapat dari orang lama dan tak pernah cuba lagi.

Selain tu, cara nak tahu ikan bilis goreng tu dah cukup garing atau rangup semasa di goreng ialah bila dah tak dengar bunyi letup-letup lagi dalam kuali semasa menggoreng tu, maknanya ikan bilis tu dah cukup garing dan rangup la tu...

Cara lain, nak pastikan ikan bilis kita goreng tu cukup garing dan rangup... selalu gaul-gaul semasa menggoreng agar masak serata dan cukup garing. Insha Allah, ikan bilis goreng akan lebih rangup.

Kalau nak buat sambal ikan bilis dan dalam masa yang sama nak kekalkan kerangupan ikan bilis tu, tipsnya ialah... pastikan sambal kita tu cukup kering. Nak tahu sambal tu cukup kering ialah, cili tu pecah minyak dan jika kita biarkan tanpa mengacau, sambal akan melekat pada kuali... Maknanya sambal tu dah kering betul la tu... Masa tu boleh masukkan ikan bilis dan gaul dengan cepat. Tutup api dan gaul rata dan terus angkat. Kalau tak, nanti ikan bilis yang rangup oleh jadi lembik dan liat.

MF suka goreng banyak dan simpan dalam balang. Nak simpan dalam balang macam ni, kena goreng dan tos minyak betul-betul sejat sebelum simpan dalam balang.

Bila simpan dalam balang, boleh buat pelbagai resepi... Nak buat cekodok bilis pun senang... nak makan gitu sahaja pun boleh...atau nak buat bubur untuk baby pun senang kan. 

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)