GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Bayar Kifarah Puasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persoalan umum berkaitan kifarah puasa... Seperti yang kita maklum, kifarah puasa ialah denda kepada suami yang melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan.


Soalan 1:

“Adakah dikenakan kifarah puasa bagi pasangan yang membatalkan puasa dengan minum air dahulu sebelum bersetubuh. Adakah si suami kene kifarah jugak atau hanya qada’ puasa?”

Jawapan:

Bagi pasangan yang sengaja melakukan persetubuhan atau tidak sengaja bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan, maka kedua-duanya terbatal puasa dan berdosa.. kerana berjimak di siang hari dalam bulan Ramadhan hukumnya adalah haram.

Maka, kedua-dua suami isteri itu wajib mengganti puasa (qada' puasa).

Dalam mazhab Syafie, hanya suami saja yang dikenakan kifarah… iaitu puasa selama 2 bulan berturut-turut.. kalau terlepas sehari, maka wajib mengulangnya daripada awal (sila ambil perhatian persoalan “berturut-turut itu”.. maksudnya, tak boleh terlepas walau satu hari pun).. jika tak mampu berpuasa (disebabkan uzur yang dibenarkan syarak.. Seperti sakit tak boleh puasa, terlalu tua atau sakit yang memudharatkan dia berpuasa), maka barulah berpindah kepada memberikan makanan kepada 60 orang fakir miskin, setiap orang secupak makanan asasi (kalau di Malaysia ni, beras la). Tak boleh sesuka hati nak pilih bagi makan fakir miskin.. sekalipun nampak lagi senang...  Wajib buat ikut turutan. 

Isteri pula tak dikenakan kifarah.. cuma wajib menggantikan puasa saja.

Jika bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadhan, seseorang itu berpuasa atau tak berpuasa, , maka hukumnya adalah haram dan berdosa dan dikenakan kifarah. Ini termasuklah sesiapa yg membatalkan puasa semata-mata sebab nak bersetubuh, ataupun memang tak puasa..

Menurut mazhab Syafie, tidak dikenakan kifarah jika telah membatalkan dulu puasa.. tetapi, menurut jumhur ulamak (pendapat majoriti ulama) kifarah dikenakan sekalipun telah membatalkan puasa (dan inilah pendapat yang rajih – lebih kuat)

Kesimpulannya:

PERSETUBUHAN pada siang hari pada bulan Ramadhan termasuk dalam perkara merosak dan membatalkan puasa. Puasa yang terbatal wajib diganti dan dibayar kifarah.

Kaffarah puasa ada tiga peringkat iaitu:
(1) memerdekakan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu, 
(2) hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya tidak mampu, 
(3) hendaklah memberi makan kepada 60 fakir atau memberi mereka 60 cupak makanan asasi yang boleh dijadikan fitrah seperti beras atau gandum.

Sekiranya ketiga-tiga itu tidak mampu dilaksanakan, kifarah masih perlu ditunaikan apabila dia berkuasa melakukannya tanpa pengecualian.

Dalam keadaan tertentu, hanya diwajibkan ganti puasanya tanpa kifarat apabila: 
(1) Orang yang bersetubuh memasukkan kemaluan dalam faraj belum sampai had yang ditentukan, 
(2) Yang disetubuhi (perempuan), 
(3) Bersetubuh dalam keadaan lupa dan 
(4) Berkeadaan jahil ketika itu mengenai terbatalnya puasa dengan kelakuan itu.

Justeru, perlaksanaan denda kifarah wajib mengikut turutan bukannya satu pilihan. Suami isteri wajib menjaga nafsu dan batas pergaulan ketika berpuasa. Terutamanya isteri lah kan.. Jangan nak seksi meksi sangat di siang hari bulan Ramadhan. Nak cium peluk boleh, tapi bukan dengan nafsu tapi dengan kasih sayang. 

Moga terjawab persoalan yang bertanya dan yang sedang mencari jawapan bagi persoalan berkaitan denda kifarah puasa. 


Sumber rujukan: ustaz love dan PMR.gov.my

4Ulasan

  1. BERAT DENDANYA TU...USAHLAH MELAKUKANNYA.

    BalasPadam
  2. ooo..nacan tu rupanya..kadang orang laki ni ambik sikap sambil lewa

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..moga kita sentiasa beringat dan jangan ambil mudah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ