GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Amalan Pengerat Suami Isteri | Mulakan Pada Ramadhan Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips untuk pasangan suami isteri terutama pengantin baru.. tapi amat berguna juga untuk pengantin lama demi mengekalkan kerukunan rumahtangga. 

Enam amalan berguna yang sangat digalakkan dilakukan bersama suami isteri terutama mulakannya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.


1. Ajakan dan Didik Isteri Menutup Aurat 
Jika isteri tidak menutup aurat dengan sempurna, ajaklah dia menutup auratnya di bulan yang mulia ini dengan lembut. Jadikan ini medan percubaan untuknya tampil cantik sambil menuntut kehendak agama. Mana tahu apabila habis Ramadhan hatinya terbuka untuk berhijab penuh. Bulan Ramadhan ni kan bulan yang tak kan ditolak doa dari hamba Allah yang penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh. Jadi, doakan dan belikan tudung... nasihat baik-baik... kongsikan kebaikan bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Isteri yang sayang suami pasti akan patuh kan... 

2. Pilih Memasak dari Membeli
Jika juadah bazar Ramadan selalunya menjadi pilihan berbuka, apa kata ubah kebiasaan ini dengan menyediakan makanan sendiri untuk suami dan anak-anak. HR at-Tirmizi  menyebut, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa. Ubah kelainan dan rasai nikmatnya kala makanan habis licin dijamah. 

Memang nikmat bila masakan kita habis dimakan. Satu kepuasan bila masak sendiri. MF sendiri kadang rasa pelik dengan diri sendiri, bila tiba bulan puasa jadi rajin memasak berbanding bulan tak puasa. 

3. Jemaah  Tarawih
Tarawih solat yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Ajaklah isteri atau suami untuk bertarawih di masjid bersama. Perjalanan ke masjid pastinya buat hubungan tambah erat selain memberikan situasi berbeza.

Bagi yang takde anak lagi mungkin boleh amalkan amalan terawih ni... bagi yang ada anak kecil, boleh juga nak amalkan tapi sesekali la kan... ataupun... suami boleh saja buat 8 rakaat berjemaah di masjid, balik rumah sambung lagi dan berjemaah pula dengan isteri... Insha Allah.. pasti indah rumahtangga tu.

4. Sedekah Tiap Hari
Tangan yang memberi pastinya lebih baik daripada yang menerima. Jadikan tangan sebagai tangan yang memberi. Ajak suami atau isteri bersedekah setiap hari di mana sahaja sepanjang bulan puasa ini. Jadikan ini teladan pada bulan-bulan seterusnya.

Insha Allah, amalkan sedekah yang paling mudah... bertukar juadah dengan jiran pun kira sedekah kan... isteri masak, suami hulurkan juadah dengan jiran sebelah... sedekah juga tu.

5. Tahajud
Mengejar malam lailatulqadar pastinya lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta. Ajak lembut pasangan untuk sama-sama bangun dan bersolat penuh khusyuk keduanya menghadap Ilahi. Ganjarannya bukan sedikit, kenikmatan pasti dirasai bersama.

Aduhhh... romantik kalau dapat tahajjud bersama kan... tak tergambar dek kata-kata. Tambah romantik kalau dapat teruskan amalan tahajjud ni sampai bila-bila.

6. Kucup Dahi
“Rasulullah SAW sentiasa mencium dahi isterinya dalam bulan Ramadhan. Ketika itu Baginda sedang berpuasa”. Hadis ini jelas membuktikan, Nabi SAW tetap memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Tabiat ini wajar dicontohi oleh semua suami kerana ciuman itu tanda sayang sejati. Rebutlah ganjaran pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berubah. Jika ciuman sudah dianggap janggal, mulakannya semula.

Puasa tak menghalang untuk jadi suami isteri yang romantik... peluk dan cium lah dengan kasih sayang.... ianya tak membatalkan puasa bahkan bertambah pahala di bulan puasa. 

7. Tadarus Bersama 
Bacaan al-Quran secara tadarus suami dan isteri sememangnya digalakkan, malah besar manfaatnya. Ajak suami mengambil sebahagian juz al-Quran dan selebihnya diberikan kepada isteri. Berusahalah untuk khatam al-Quran bersama-sama sambil merasa nikmatnya.

Pakat baca dan pakat semak, tak perlu lama.. lepas solat maghrib sementara nak menanti Isyak kan... insha Allah... indah jika dapat khatam Al-Quran sama-sama.

Diolah dari: Karangkraf.com

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ