بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Tips Bertudung Bagi Wanita Berkaca Mata! | Bagi wanita berkaca Mata mesti ADA masalah Nak pilih tudung... Tambahan kalau Nak Beli tudung siap sarung atau jenis instant....
Jom lihat, Dan mungkin tips ini berguna until wanita berkaca Mata yang ingin cantik bergaya DENGAN tudung gaya moden tanpa menjejaskan penampilan sedia ADA...

#1 Analisa Jenis Bentuk Wajah
Tahukah anda jika tersalah pilih frame wajah akan nampak lebih berisi atau makin maskulin (petak)?
Pilih frame yang bertentangan dengan bentuk wajah anda. Jika anda dalam kategori bulat atau tidak mempunyai rahang (jawline) yang jelas, maka frame berpetak lebih sesuai untuk menampakkan wajah lebih bujur dan 'sharp' .

#2 Pilih Kelebaran Frame yang Bersesuaian dengan Lebar Wajah Anda.
Jika terlebih daripada kelebaran wajah, ia akan mengakibatkan tudung nampak 'kembang' . Yang terbaik , pilih tepat-tepat atau terlebih sedikit daripada wajah.

#3 Banyakkan Gaya Loose pada Hijab
Gaya begini dapat 'menyembunyikan' dan mencipta ilusi kurang jelas kepada outline wajah. Selain daripada itu, ia dapat membantu wajah kelihatan kurang berisi jika kacamata anda terlebih lebar.

#4 Pakai kacamata di luar anak tudung.
Cara ini amat membantu untuk mengelakkan wajah nampak lebih berisi atau sindrom 'tudung kembang'. Tetapi gaya ini tak sesuai sekiranya anda mahu beriadah kerana ada kemungkinan cermin mata akan tertanggal atau longgar.

#5 Pilih Temple yang Halus.
Temple yang halus dapat membantu mengurangkan sindrom 'tudung kembang'. Selain daripada itu ia amat selesa untuk pemakaian jangka masa lama apabila diselitkan pada anak tudung.
Sumber: Facebook
Kena cuba banyak design bingkai ni cikgu MF..
BalasPadamTips yg bermanfaat.
BalasPadamwahhhh ... tapi ain bab bab spek ni memang cerewet sket . hehehe..
BalasPadamsalam wah nice sharing kak , saya pun bertudung muka bulat dan berkaca mata hehhee
BalasPadamhehehe... selalu bila pakai tudung tak pakai spek, nampak cantik.. bila dah pakai spek, tudung penyet.. huhu
BalasPadamsebab ni la aida tak suka pakai shawl, MF.
BalasPadamsebab spec. hu hu hu :)
Thanks for the tips :)
BalasPadam