GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Bergambar dan Upload ke Facebook dan Blog!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Bergambar dan Upload ke Facebook dan Blog! | Trend terkini... Ambil gambar dengan kawan, selfie, wefie beramai-ramai.. pastu upload... tengok balik gambar yang kita upload tu.. tak kisah la gambar kahwin kawan kita ke, majlis hari guru ke, hari ibu ke... tengok balik...
Hukum Bergambar dan Upload ke Facebook dan Blog!
sumber: google images

✅Kita ambil gambar dengan kawan, kemudian nak upload gambar tu... kalau kita tutup aurat dengan sempurna, tetapi kawan sebelah kita tak tutup aurat. Jadi.... TAK BOLEHLAH kita menguploadnya📲. KECUALILAH kita buat cover bagi tutup bahagian aurat tu.

Kata ‪Ustaz Azhar Idrus (UAI)‬:
- "Yang Haram dilihat, maka Haram di tunjuk, dan begitu juga Pamer Aurat ORANG BUKAN ISLAM."
✅Pamer aurat orang bukan Islam pun TIDAK BOLEH, kecualilah dia menutup aurat sepenuhnya seperti kita (perempuan)🙋🏻.
- TAK nampak dada.
- TAK nampak kaki.
- TAK nampak lengan dan sebagainya.
Aurat yang dikira tutup dengan sempurna, hanyalah muka dan tangan sahaja yang dibenarkan nampak.
✅Bagi orang LELAKI pun sama juga kena tutup aurat, TAK BOLEH terbuka aurat itu bila nak diupload, walaupun Bukan Orang Islam.
~~~~
✅Perumpamaan :
★Air soya + air arak🍺= Tak boleh diminum
★Daging ayam + daging khinzir =Tak boleh makan
★Gambar kita tutup aurat + kawan tak tutup = Tak boleh upload
وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dgn yang salah." 
(Al-Baqarah : 42)

Sebagai contoh:
Halal + Halal = √ 
Halal + Haram = × 
Haram + Haram = ×

Same thing goes on uploading picture :
Kita tutup aurat + Kawan tutup aurat = Halal upload
Kita tutup aurat + Kawan tak tutup aurat = Haram upload
Kita tak tutup aurat + kawan tak tutup aurat = Haram upload
✅Ingat, bila kita upload gambar kita yang tutup aurat tapi kawan kita tak tutup aurat, kita akan tanggung semua dosa dia setiap Kali si ajnabi lihat aurat dia. ASTAGHFIRULLAH..... dosa kita pun tak tertanggung, ini pulak nak tanggung dosa orang lain😰.

~~~~~~~
Kata ‪#‎Ustaz_Fawwaz_Mad_Jan‬:
- "Tak ada manusia yang lahir-lahirnya dia, terus pandai...".
Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik, PERBAIKI DIRI.


Kita mungkin dah sempurna tutup aurat, tapi aurat kawan kita camne pula.. Kita mungkin pakai jubah berpurdah... tapi bagaimana pula kawan kita??? 

Sama juga, dengan gambar... contoh kat facebook banyak info dan ilmu bergambar dengan kata-kata nasihat dan madah...terutama untuk suami isteri dan remaja... Banyak orang edit letak kata-kata tertentu.. tengok balik gambar tu ok ke tak... Jika tak tutup aurat background gambar tu, jangan share... jangan kongsi.. perkara ni banyak kali juga suami MF tegur..sebab tak perasan kengkadang, tapi orang lelaki dia alert sangat pasal aurat perempuan ni... Jadi, MF lebih berhati-hati kongsi info bergambar ni...Takut-takut tersebar dosa dan aib orang... 

Sama-sama lah koreksi diri ye... tengok balik gambar yang kita upload di facebook atau blog... ok ke tak... kalau tak  ok, delete lah.. tak rugi pun... kalau rugi pun hanya di dunia, tapi keuntungan lebih besar jika kita delete di akhirat nanti... 

8Ulasan

  1. Terima kasih Maria beri peringatan. Kadangkala bila nak upload tu kita lupa hukum-hakam. Kalau memang tak tahu tu, kenalah belajar. Kalau dah tahu tapi tak amalkan, kenalah tanggung dosanya, ya tak?

    BalasPadam
  2. Tq for sharing. Muhasabah buat diri yang masih belajar ini :)

    BalasPadam
  3. Mekasih atas perkongsian dan peringatan MF.

    BalasPadam
  4. boleh upload tp biarlah semuanya nampak sempurna :)

    BalasPadam
  5. in shaa ALLAH boleh perbetulkan diri lepas ni.

    BalasPadam
  6. a'ah. ada benar nyer ni.
    sib baik aida da byk erase gambo dlm fb.
    tak byk gambo da situ terutama gambo aida zaman muda2 dulu hi hi...
    kat blog, nak kena cek ni.
    anak2 pun skang kalu tempek dlm blog or fb semua da bertudung.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ