div id='header-inner'>

Berita Kematian Mengejut Teguran Dari Ilahi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Allahu...
Masih dalam mood terkejut...
Kita yang mendengar ni dah seribu satu macam perasan... Yang mengalami lagi lah kan...

Bangun pagi.. Waktu subuh tadi...  Bangun nak matikan alarm di telefon.. Terpandang whatsapp dari bekas kawan sekerja di tempat lama...

Terus buka dan baca...
Allah...
Berita kematian...
Suami kepada rakan sekerja di tempat lama meninggal dunia ketika  bertugas di Sabah...

Terus kejutkan suami... Sebab arwah merupakan kawan lama dan kawan baik suami...

Terkejut dia... Tak sangka kali terakhir jumpa dia masa kami nak pindah ke Johor... Tak sangka itulah perjumpaan yang terakhir..

Berita kematian mengejut macam ni adalah teguran dari Allah buat kita terutama para isteri...

Betul-betul menginsafkan...
Kadangkala terasa hati,  merajuk dengan suami... Bila Allah ambil... Takde lagi dah tempat kita nak merajuk...

Allah.. MF ingat... Ni kali kedua MF terima berita mengejut kehilangan suami ni dari rakan sekerja MF...  Memang terasa sangat...

Buat sahabatku...
Aku tahu.. Ujian Allah ini untuk Mu...
Kerana kamu insan terpilih dan kuat untuk menghadapinya..
Allah tak kan bebankan seseorang melainkan mengikut kesanggupannya...

Moga dikau tabah sahabat...
Menempah dugaan ini..
Moga kau kuat untuk terus membesarkan zuriat cinta kalian berdua...
Salam takziah dari sahabat kepada sahabat...

Al-Fatihah...

إنا لله وإنا إليه راجعون..
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه..اللهم لا تعذبه فانه عبادك وإن تغفر له فإنك أنت الغفور الرحيم ...اللهم إن رحمتك ومغفرتك أوسع من ذنوبه فاغفر له وارحمه...اللهم آمين


Catat Komen

4 Ulasan

  1. Innalillahiwainnailahirojiun...
    Moga beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
  2. Mati itu pasti..klu org yg pergi tu org yg kita kenal memang terasa kehilangannya

    BalasPadam
  3. Alfatihah!

    Semoga beliau tabah menghadapi ketentuan dari Allah S.W.T.

    Ajal maut tu pasti cuma kita aje tak tahu bila masanya!

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)