GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 'Checklist' Sebelum Keluar Shopping Buat Muslimah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pernah buat checklist tak sebelum keluar shopping wahai muslimah??? 
Jika tak pernah, jom kita buat...
Tak susah...

Perepmpuan kalau keluar shopping, mesti bersiap dan satu KEMESTIAN tengok cermin kan... Jadi, kali ni.. kita buat perubahan sikit... Sambil bersiap tu, kita buat checklist ni...


Tengok cermin dan tanya diri sendiri, Allah redha tak dengan pakaian yang kita pakai???

1. handsock ➡ walaupun kita dah mengenakan baju lengan panjang, tapi mesti pakai handsock juga sebab takut lengan terdedah tanpa sengaja.

2. Stokin ➡ ramai muslimat tak suka pakai stokin sebab takut panas..ingat ye..kaki pun aurat hawa-hawa sekalian..biar kaki panas ketika sebab berstokin daripada kaki panas di sambar api neraka sebab tak tutup aurat..

3. Baju ketat ➡ jangan memakai baju ketat dan jarang, pakailah baju yang labuh sehingga lutut agar aurat kita terpelihara. Jangan pakai baju adik-adik kamu ye 😄.

4. Bongol unta ➡ ikat sangul rambut jangan sampai menampakkan bongol unta. Rendahkan sangulan rambut anda. Tudung mestilah melepasi dada. Jangan menggunakan tudung yang jarang dan pendek..

5. Mekap ➡ jangan menggunakan mekap terlalu tebal sebab takut tabaruj..cukup secara bersederhana sahaja.

6. Niat ➡ tajhid niat sebelum keluar dari rumah..semoga pakaian yang kita pakai dapat redha ibu dan ayah sebab redha Allah terletak pada redha mak ayah. Bagi para isteri, mesti dapat keredhaan suami. 
Sumber: Projek Tutup Aurat

Semoga kita dapat perbaiki diri kita. Jika tak berubah sekarang bila lagi, Ramadhan pun dah dekat dah ni... Moga ianya dapat dijadikan satu medan untuk mula buat perubahan pada diri kita sendiri agar jadi muslimah yang diredhai Ilahi.

4Ulasan

  1. insya allah akan perbetulkan lagi checlist untuk keluar shopping..thanks sharing maria

    BalasPadam
  2. Dulu sebelum kawin babah mama yang tapis..sekarang suami yang tapis..sikit2 in sya Allah nanti terbiasa boleh gerak sendiri..

    BalasPadam
  3. btl tuh kene btl kan checklist pasni

    BalasPadam
  4. in shaa Allah...
    tq krn share ceklis ni :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ