div id='header-inner'>

Alat Uji Waktu Subur Wanita Melalui Air Liur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Zaman semakin canggih, teknologi makin maju.
Seiring dengan tu juga, usaha untuk mendapatkan anak perlu berterusan. Salah satu cara mudah nak dapatkan anak/zuriat ialah mengetahui waktu subur wanita.

Sebelum yang MF tahu, ialah guna OPK, iaitu sejenis alat macam UPT juga, tapi fungsinya untuk tahu waktu subur je... Tapi kebiasaan orang buat OPK ni serentak juga dengan buat ujian suhu setiap pagi. Tu antara kaedah TTC yang MF tahu la. Selebihnya, bagi yang datang bulannya teratur setiap bulan, lebih mudah untuk mengandung asalkan tahu waktu suburnya.

Selain guna aplikasi di telefon, seperti Period Calender, Period Tracker dan pelbagai aplikasi canggih yang, rupanya ada satu lagi alat yang dicipta untuk tahu waktu subur wanita hanya dengan mengujinya menggunakan air liur. Pertama kali MF tahu alat ni... tu pun melalui pembacaan di internet dan membuatkan MF mencari dan mengkaji untuk memberi info kepada rakan taulan yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.

Alat ini dinamakan OVATEL. Rupanya seperti dibawah. MF tak pernah jumpa lagi di farmasi terkenal. Tapi rupanya ada jual di Malaysia.


Cara nak guna Ovatel ni ialah dengan mencalit air liur yang diambil dari bawah lidah. Calit pada kanta yang disediakan... Tunggu kering air liur tu. Lepas tu teropong la tengok rupa bentuk air liur tu. 

Boleh tengok caranya di bawah... MF berikan dalam bentuk gambar ya:


atau tengok video ni:


Cara nak tahu subur ke tak:
Lihat gambaran pada kanta tu selepas air liur kering...
Gambarajah ni, ada juga tercatat pada kotak alat ni.



Nak beli kat mana???

Setakat ni MF hanya jumpa ada jual online DI SINI.
Harganya boleh tahan la juga... RM145 dan selepas diskaun RM116.30. 
Tapi kira murah la kan sebab ramai berhabis ribuan ringgit sebab nak dapatkan zuriat... 

Ni pun salah satu usaha juga kan... Dikatakan peratus kebolehpercayaan alat ni mencapai 95% boleh dipercayai... Jadi, ada potensi untuk tepat. 
info lanjut boleh layari http://www.ovatel.com

Moga bermanfaat..
MF doakan buat rakan sahabat taulan yang berusaha untuk dapatkan anak dipermudahkan.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. x dpt tgk video tu.
    opis block apapun video.
    but agreed with maria, salah satu usaha utk pregnen = tahu waktu subur.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)