GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Wajib Berlaku Adil Kepada Anak-anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Adil??? senang disebut tapi susah nak dilaksanakan.Apa itu adil? Kalau ikut syarak, adil tu maknanya meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Lawan kepada sikap adil ialah zalim. 

Adil ni sifat yang ada pada Allah, mustahil bagi manusia nak adil macam mana adilnya Allah pada manusia. Walau bagaimanapun, wajib kita berlaku adil bila kita adalah orang yang ditengah-tengah,..

Adil dalam rumahtangga, iaitu sikap adil suami kepada isteri-isteri dan adil ibu bapa kepada anak-anak. Kalau anak tunggal senang, tapi kalau lebih dari seorang anak, wajib berlaku adil. 




Mencabar, bukan mudah nak berlaku adil. 
MF akui, selepas ada dua anak, untuk berlaku adil tu susah sangat, tapi kena usaha untuk adil dan tak berat sebelah. Suruhan berlaku adil ini, bertepatan dengan Sabda Nabi s.a.w:

عَنْ النُّعْمَانِ قَالَ: سَأَلَتْ أُمِّي أَبِي بَعْضَ الْمَوْهِبَةِ فَوَهَبَهَا لِي، فَقَالَتْ: لاَ أَرْضَى حَتَّى أُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: فَأَخَذَ أَبِي بِيَدِي وَأَنَا غُلاَمٌ، فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أُمَّ هَذَا ابْنَةَ رَوَاحَةَ طَلَبَتْ مِنِّي بَعْضَ الْمَوْهِبَةِ، وَقَدْ أَعْجَبَهَا أَنْ أُشْهِدَكَ عَلَى ذَلِكَ، قَالَ: يَا بَشِيرُ، أَلَكَ ابْنٌ غَيْرُ هَذَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَوَهَبْتَ لَهُ مِثْلَ مَا وَهَبْتَ لِهَذَا؟ قَالَ: لَا، قَالَ: فَلاَ تُشْهِدْنِي إِذًا، فَإِنِّي لاَ أَشْهَدُ عَلَى جَوْرٍ

Dari an-Nu’man (bin Basyir), beliau Radhiyallahu anhu berkata, “Ibu saya meminta hibah kepada ayah, lalu memberikannya kepada saya. Ibu berkata, ‘Saya tidak rela sampai Rasûlullâh s.a.w menjadi saksi atas hibah ini.’ Maka ayah membawa saya-saat saya masih kecil kepada Rasûlullâh s.a.w dan berkata, ‘Wahai Rasûlullâh, ibunda anak ini, ‘Amrah binti Rawahah memintakan hibah untuk si anak dan ingin engkau menjadi saksi atas hibah.’ Maka Rasûlullâh s.a.w bertanya, ‘Wahai Basyir, apakah engkau punya anak selain dia?’ ‘Ya.’, jawab ayah. Beliau s.a.w bertanya lagi, ‘Engkau juga memberikan hibah yang sama kepada anak yang lain?’ Ayah menjawab tidak. Maka Rasûlullâh berkata, ‘Kalau begitu, jangan jadikan saya sebagai saksi, kerana saya tidak bersaksi atas kezaliman.’ ” [HR. al-Bukhâri no. 1623]

Jelas bukan, Nabi s.a.w sangat menitik beratkan bab adil kepada anak-anak. Wajib berlaku adil. Kalau seorang anak kita beli hadiah, kena belihadiah yang sama. Jika beli makanan, kena beli makanan dengan nilai yang sama... Tak boleh seorang makan karipap sardin je... tapi lagi seorang bagi cekodok masin je... Seorang bagi air coklat, seorang lagi air masak je. 

Bab adil ni, turut suami MF tekankan sejak dari lahir. Masa mengandungkan si kakak, MF minum susu tepung biasa je... Masa si adik juga begitu.. pernah suarakan nak cuba minum susu khas untuk ibu mengandung, tapi suami MF tak nak belikan.. khuatir tak berlaku adil kepada si kakak. 

Sama juga, masa anak sulung, bersalin di hospital kerajaan... Pernah masa anak kedua, terfikir nak bersalinkan di hospital swasta... Tapi bila fikirkan kos, rasa ada ketidakadilan di situ. Itu pandangan kami suami isteri la ye.. Jadi, si adik juga bersalin di hospital kerajaan, yang tiada bayaran kerana gula GL. Jadi adil.... Sama juga barangan masa diorang kecil... dibeli sama rata juga.. sama-sama dapat baju baru.. walaupun ada beberapa barangan guna semula masa bersalinkan si kakak sulung. 

Kami cuba berlaku adil. Sama juga bila bergaduh... terangkan secara baik-baik apa salah. Jika dua-dua salah, dua-dua juga kena rotan. Tiada beza. 

Wajib berlaku adil, tak de beza anak sulung, ke anak bongsu... sama saja. Sebab banyak kesan jika ibu bapa tak berlaku adil... Terutama bila anak meningkat remaja dan dewasa. Anak akan rasa tersisih, rasa ibu bapa pilih kasih dan akibatnya, anak akan memberontak dan boleh tercetuskan persengketaan dalam keluarga. 

Bagi suami yang ada keluarga lebih dari satu (poligami) lagilah wajib berlaku adil. Tak boleh banding bezakan anak bini pertama dengan bini lain-lain. dari segi nafkah, masa dan kasih sayang, wajib sama. Tiada bezanya. Kerana itulah walaupun poligami dibenarkan dalam Islam,,, tapi tak semudah yang disangkakan.

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. [An-Nisa: 3].

3Ulasan

  1. bab anak2 ni saya rasa saya dah cukup adil la..lagi2 kalau depa bergaduh..dua2 kena soal siasat..ehehh

    BalasPadam
  2. Salm..sy nk tanya bolh tk bagi penerangan ..hukum berlaku adil,suami atau ayah kepada anak2 yg berlainan ibu..(ank arwah isteri.dgn isteri sekrang)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hukumnya wajib sebab anak dari suami/ayah walaupun dari mak/isteri yang berlainan...

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ