GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

VIRAL PALSU | PERKATAAN SALAM

VIRAL PALSU:

Penjelasan: 
Perkataan "Salam" dalam Surah Yasin, ayat 58:

سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

Maksudnya: (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. 

"Salam" bukan maksudnya celaka seperti di dalam gambar tersebut. Salam bermaksud SEJAHTERA.

Penggunaan perkataan “as-salam” atau, “salam” kedua-duanya boleh digunakan dan menepati singkatan yang mewakili “assalamualaikum” tapi, yang baik digunakan adalah “assalamualaikum” yang lebih baik “assalamualaikum warahmatullah”.. yang paling baik / lebih afdhal “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” 

Semoga kita sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan mesej serta email berantai. Siasat dan selidik dahulu, dari mana, siapa tulis dan sebagainya.

Waallahua'lam.

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM


Bagi orang ada ilmu agama dia tak mudah nak kongsi hal sebegini.. Kerana itu, belajarlah bahasa Arab dan ilmu agama, supaya kita lrbih berhati-hati bila hal sebegini kerana zaman ni adalah zaman fitnah berleluasa.


5Ulasan

  1. yeke? baru tau benda tu palsu. tq MF...

    BalasPadam
  2. huhu banyak sekarang ni isu ssalah faham/hadis palsu.. Lissa pun kalau ada yang share hadis-hadis kena survey dulu sebelum forward.. bahaya sebar benda tak sahih ni kan, kak..

    BalasPadam
  3. isk ada je kan idea diorang ni nak viral tah apa2..
    hati hati sentiasa..

    BalasPadam
  4. salam kak, yana pon pernah dengar pasal ni, tapi bila fikir mcm tak logik dan memang salah pon

    BalasPadam
  5. viral membuat kan kita yg lemah mudah percaya...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ