Tak Puas Hati Pergi Sekolah, Bukan Luah Di Facebook!

Maria Firdz
12

Realiti zaman it ni... Segala benda nak luah kat facebook...  Termasuklah ibu bapa...

Tak puas hati apa pun kat sekolah tulis status kat facebook.. Bukannya nak pergi sekolah tanya sendiri cikgu yang ada kat sekolah tu. Lepas tu buat viral... Nak popular cepat agaknya...

Emosi sikit MF dengan isu ni.. Sebab semalam terbaca satu kes pasal ibu bapa buat status merungut sebab cikgu minta slip gaji dari anaknya.

Bising dia... Dia kata slip gaji tu sulit... Tak boleh bagi sebarangan... Kononnya dengan slip gaji boleh buat loan... Alahai... Kesian betul baca status tu... Walaupun ada cikgu yang bagitau kenapa guru perlukan slip gaji, dia tetap pertikaikan. 

Hmmm... Susah la mak bapak macam ni... Biasanya la kan... Kalau mak bapak macam ni boleh agak dah anak dia macam mana. Dari pengalaman MF sebagai guru.

Sebenarnya guru perlu key in data dan maklumat pelajar dalam sistem online... Iaitu Aplikasi Data Murid Malaysia. Dalam data tu Macam-macam kena isi... Bilangan adik beradik dan termasuk juga gaji... Tapi sekolah perlu sahkan jumlah gaji melalui slip gaji...

Setakat ni,  sistem ni link dengan Jabatan Pendaftaran Negara... Maknanya maklumat seperti gaji tu tiada... Kalau dah macam ni, kerajaan kena link pula dengan LHDN atau ANM la pula kan... Bagi yang kerja swasta.

Sistem ni link dengan Bahagian Bantuan Biasiswa. Jadi, dari jumlah gaji dan dikira sama ada pelajar tu layak atau tak terima biasiswa kerajaan. 

Guru-guru hanya jalankan tugas yang diamanahkan. Jadi, memang kami kena tahu gaji sebenar pelajar-pelajar. Ini untuk elak penipuan. Sebab pernah jadi, penipuan pekerjaan oleh ibu bapa... Mak bapak kerja dan berjawatan besar di hospital... Menipu... Dan akhirnya anak dia dapat bantuan...

Kan tak adil... Orang yang sepatutnya dapat bantuan tak dapat sebab penipuan ni... Kesiankan.. Kalau kita rasa kita susah ramai yang susah dari kita..

Mak bapa yang makan duit yang bukan hak dia,  jangan tanya kenapa anak-anak nya tak menjadi manusia... Jangan tanya kenapa anak tak pandai, selalu buat masalah... Jangan salah cikgu tapi semak balik rezeki yang diterima.

Mak bapa zaman moden ni... Kalau tak puas hati apa pun pergi sekolah...  Tak pun telefon je tanya cikgu yang ada kat sekolah tu... Tak payah bising di facebook atau blog...  Tak payah nak viral dan buat status untuk raih perhatian... Kelak nanti diri sendiri yang malu...

Jadilah mak bapa yang bijak buat keputusan... Tanya kepada yang hak...

Maaf jika ada terasa... MF sendiri pun dah ada anak sekolah. Tambah sekarang ni cikgu-cikgu siap buat group Whatsapp untuk hubungkan guru dengan ibu bapa... Jadi, gunakan saluran yang betul untuk bertanya, barulah selesai masalah.. Jangan jadi seperti tin kosong, bising je lebih tapi takde gunanya...  Nak jual pun dah murah harganya.


Catat Ulasan

12Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Bukan saja2 nak minta slip tu kan MF..
    Kalau semua nak disapu bantuan tu..
    Kesian pulak yg layak menerima bantuan tu kan..

    BalasPadam
  2. susahkan, kak.. tahu huhahuha dekat facebook ja.. tapi bila mesyuarat PIBG semua bagi alasan. -_-

    BalasPadam
  3. Mmg prosedurkan skang ni sekolah nak slip gaji parents, tuk tgk keluarga yg pendapatan rendah dan sebagainya. senang pihak sekolah nak bg bantuan. Akak pun smaa juga sama ank memula naik darjah satu, kena ikut prosedur sekolah kena buat pengesahan gaji dan sebaginya. Kalau bekerja sendiri buat surat dan dapatkan pengesahan. Dengan slip gaji juga pihak sekolah dpt bg makanan RMT kan tuk anak2....

    BalasPadam
  4. X elok bnda yg x elok d gembar gemburkn d media sosial...seloknya blh d bawa brbincang kn

    BalasPadam
  5. betul. terover luah pulak hm sekarang ni.

    BalasPadam
  6. ZAMAN LA NI SEMUA NK CPT YA...TULIS KAT FB RAMAI YG BACA CPT DIRESPON.

    BalasPadam
  7. Blh tak maklumkan cikgu melalui surat supaya anak kita tak perlu diberi apa2 bantuan dan slip gaji tak perlu diberikan?

    BalasPadam
  8. Tujuan slip gaji hnya utk menentukan kelayakan menerima bantuan...Sesetengah parent x beri slip gji tu sebab dia x perlukn bantuan la... mungkin diaorg tau mmg tak layak..
    jumlah dia tulis...cuma slip je tak bagi... apa masalahnya... Takkan benda camtu cikgu2 bijaksana ni x boleh nk raise kat kementerian.. sistem zaman apa kemenyerian pakai? Sampai tak boleh nk diubahsuai... kelakar la.
    lagi satu...kenapa? kalau ada pengesahan slip gaji... boleh dapat bantuan extra ke walau gaji berpuluh ribu.

    BalasPadam
  9. Tujuan slip gaji hnya utk menentukan kelayakan menerima bantuan...Sesetengah parent x beri slip gji tu sebab dia x perlukn bantuan la... mungkin diaorg tau mmg tak layak..
    jumlah dia tulis...cuma slip je tak bagi... apa masalahnya... Takkan benda camtu cikgu2 bijaksana ni x boleh nk raise kat kementerian.. sistem zaman apa kemenyerian pakai? Sampai tak boleh nk diubahsuai... kelakar la.
    lagi satu...kenapa? kalau ada pengesahan slip gaji... boleh dapat bantuan extra ke walau gaji berpuluh ribu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju!!!!!!!! Zaman sekarang, informasi lebih berharga dari harta benda. X boleh senang2 bagi info kita. Saya kerja bank, memang banyak nampak kes orang hilang duit / loan tiba2 kena kat nama dia. Kalo kita tak jaga info kita, siapa lagi??

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !