GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sila Faham Maksud Tajaan!

Musim taja menaja zaman ni... Kecoh betul pasal bab taja-taja ni kan...

Memula kisah pasal Jutawan Kosmetik Dr.Vida kes taja pemain Kelantan... Kemudian kecoh pula sehari dua ni pasal tajaan 25juta kepada perkahwinan Shaheizy Sam dan pasangannya bulan Februari nanti...

Mula MF baca je... Tapi bila ada keyboard worrior dok bertekak pasal tajaan ni... Ada yang tak faham juga dengan konsep tajaan ni... Ada yang ingat tajaan Dr Vida tu derma dan sedekah... Dan ada yang sangka 25juta tu tajaan berupa duit...

Hmm...
Nak ulas panjang tak berapa nak reti la... Tapi sejak tahu selok belok bisnes ni... MF mula faham apa itu konsep tajaan... Dan kenapa perlu tajaan ni kepada usahawan. 

Tajaan ni bukan derma apatah lagi sedekah...  Jauh sangat jika nak katakan sama.

Tajaan ni lebih kepada hal bisnes, orang yang menaja ada kepentingan sendiri dan orang yang ditaja ada juga kebaikan disebaliknya... Ibarat macam bekerjasama dalam urusan yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.

Biasanya, usahawan memang akan cari penaja, tujuannya nak orang kenal bisnes dia... Nak naikkan nama dan sebagainya... Dan orang yang ditaja, ada satu aku janji dengan pihak penaja supaya keduanya dapat ganjaran.

Bab Dato Vida tu, dia taja pemain bola sepak Kelantan, mesti sebab nak naikkan produk dia sekali... Sama juga yang menaja perkahwinan tu, atas sebab nak naikkan bisnes... Sebab Shaheizy Sam tu kan terkenal...

Jadi, faham maksud tajaan tu sebelum nak hentam orang... Tanya orang bisnes apa kepentingan tajaan ni bagi orang buat bisnes..  Macam suami MF taja satu group kereta sebab beramal dan nak kenalkan bisnes kita pada orang.

Jauh sekali tajaan tu maksud sedekah atau derma... Sila faham maksud tajaan...


2Ulasan

  1. betul kak.. tu lah perlunya faham kan.. tapi orang sekarang ni mudah sangat salah sangka.. susah.

    BalasPadam
  2. salam kak , yana pon ada baca pasal ni dan susah nak explain pasal ni sebnarnya

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ