Hukum Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Thalassaemia adalah penyakit keturunan berkaitan darah... Kawan sekerja suami ada anak yang mengidap penyakit ni... Masa mengandung anak yang ketiga, doktor bagitau risiko anaknya akan terkena juga thalassaemia... Dan mencadangkan supaya gugurkan kandungan... Memang dilema masa tu... 

Apa hukum gugurkan kandungan sebab ada penyakit???


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;

Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan

Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk .


Keterangan/Hujah:

Thalassemia adalah sejenis penyakit autosomal recessive sel-seldarah merah di mana berlakunya kekurangan sintesis rantaian globin (globin chains). Ini mengakibatkan eritropoesis yang tidak berkesan (ineffective erythropoiesis), hemolisis yang kronik dan anemia. Dengan erti kata mudah, ianya sejenis penyakit bawaan keturunan yang diturunkan kepada generasi baru (anak-anak) melalui genetik (baka). Akibatnya, sel-sel darah merah tidak stabil dan ianya mudah pecah (hemolisis). Pemecahan ini dan hasil-hasil pemprosesan bahan-bahan yang terurai inilah yang menimbulkan masalah kepada pengidap penyakit Thalassemia.

Pesakit Thalassemia memerlukan pemindahan (transfusi) darah dan rawatan menyahkan (membuang) unsur besi (iron chelation) seumur hidup. Perawatan ini melibatkan kos yang tinggi. Pesakit yang tidak menjalani perawatan menyahkan unsur besi, akan mengalami kelebihan unsur besi (iron) di dalan tubuhnya dan kebanyakan daripada mereka akan meninggal dunia di akhir usia belasan tahun. Kelebihan unsur besi di dalam tubuh pada umumnya melibatkan organ-organ utama yang mengakibatkan kegagalan jantung (heart failure), pendek tubuh-badan (short stature), masalah baligh (puberti) dan diabetes mellitus. Manakala kekerapan pemindahan darah pula boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan hepatitis B, hepatitis C dan Human Immunodeficiency Virus (HIV). Pilihan perawatan lain untuk pesakit Thalassaemia adalah transplantasi sum-sum tulang (bone marrow transplantation) dan transplantasi darah tali pusat (cord blood transplantation).

Memandangkan kepada implikasi kos yang tinggi untuk menyediakan ‘Penjagaan Yang Sebaik Mungkin (Best Possible Care), satu strategi harus dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kelahiran keskes baru Thalassaemia. Ujian saringan dan kaunseling semata-mata, tanpa pengguguran janin, tidak akan mengurangkan jumlah kes-kes baru Thalassaemia dan seterusnya tidak akan dapat mengurangkan beban penderitaan terhadap pengidap tersebut, beban kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Menggugurkan kandungan selepas 4 bulan adalah haram. Ini telah disepakati oleh para ulama’, kerana membunuh jiwa seseorang tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak kecuali kerana darurat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging dan binatang yang tidak disembelih kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Baqarah: ayat 173)

Pendapat Fuqaha’ membahagikan peringkat pembesaran janin dalam kandungan untuk digugurkan berdasarkan kepada tiga peringkat selaras dengan Kaedah Fiqhiyah (memilih yang lebih ringan di antara dua kemudharatan) bagi mengelakkan bahaya yang berat:
Peringkat 1 hingga 40 hari (nutfah - alaqah).
Peringkat 40 hari hingga 4 bulan (Mudghah - Berbentuk).
Peringkat 4 bulan ke atas (sesudah ditiup roh).

Keputusan diambil kira dengan mengikut peringkat umur serta berdasarkan syarat berikut:
Menurut ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untik menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.

Ijma’ Fuqaha’ berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Sumber: JAKIM

Kawan suami tak gugurkan... Dia teruskan juga kandungan.. Alhamdulillah... Anaknya sihat sempurna cuma takde lah seteruk yang doktor jangkakan... Itulah, doktor bukan Tuhan... Masa mengandung kena banyak berdoa agar Allah pelihara anak kita... Macam MF ada penyakit keturunan iaitu asma.. Namun, alhamdulillah anak-anak MF takde yang ikut MF.. Sihat wal'afiat dan moga dalam pemeliharaan Allah sentiasa.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. ada seorang blogger pengidap Thalasemia & anak dia jugak ada Thalasemia.. Setiap apa yang Allah bagi di sertakan bersama kemampuan kita untuk hadapi

    BalasPadam
  2. mak saudara suami saya pun anak dia ada penyakit ni.tak pulak tanya lebih lanjut samaada masa mengandung dulu dia tahu ke tidak..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^