بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Seminggu adik dok umah,apa lagi minta la dia buatkan kek... Bab masak memasak dia lagi terer dari kakak dia nih... Untung kalau dah kahwin nanti... Hehe...
Kek feveret suami dan anak-anak kek coklat moist... Kami beli bahan... Dia yang buat semua... Tengok je dia buat... Sekali dah siap... Fuhh.. Sedap. Boleh jual nih..
Nak resepi kek coklat moist versi cupcake.. Meh sini nak habaq mai...
RESIPI KEK COKLAT MOIST VERSI CUPCAKE
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula PASIR
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sayur
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
4 biji telur
1sudu teh seen vanilla
Bahan C
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Cara Masak:
1. Masuk Bahan A atas api yg sederhana. Kacau hingga mendidih. Tutup api Dan biarkan sejuk.
2. Pukul Bahan B hingga kembang.
3. setelah itu, masukkan Bahan A Dan Bahan C berselang seli Dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan Ke dalam acuan cupcake. Masukkan Ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar pada suhu tersebut selama 10 minit atau sehingga masak.
TOPPING
1 Cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
3 sudu susu cair
*campurkan semua sehingga sebati dan sapukan atas cupcake setelah cupcake masak. Tabur dgn coklat rice.
Mudah resepi nih sebab guna sukatan cawan... Tak payah pikiaq nak angkut penimbang... Boleh kalau nak buh dalam loyang besar... Tapi MF suka versi cupcake sebab senang nak makan dan rasanya lain... Sila lah cuba buat kalau nak rasa...
sedap tuh..terasa nak makan kek la pulak..haha
BalasPadamfuh.... anak-anak mmg suka la ni kek coklat,,, selamat menjamu selera sis
BalasPadamsedapnya...
BalasPadamsalam singgah kak , nanti boleh cuba terima kasih
BalasPadam