GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pulang Dengan Hampa Dari Restoran Me'nate!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Entry ni, sekadar berkongsi pengalaman sendiri ke Restoran yang pernah jadi viral suatu ketika dulu. iaitu Restoran Me'nate. Entry ni bukan nak jatuhkan sesiapa... bukan juga nak popular seperti Diva Azwan Ali, tapi sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi... Harap baca dengan hati yang terbuka la ye... 

Suatu hari, lalu di depan Festival City yang sekarang dah bertukar nama iaitu Setapak Central. Sekali terpandang kat deretan kedai di Star Park, ada Restoran Me'nate. Cakap kat suami, nanti kita cuba makan kat situ.. Nak juga rasa apa yang sedapnya... 

Sumber: google images

Pastu, semalam ada rezeki dan kesempatan masa, lepas balik beli barang dari Setapak Central, kami pun pergi lah ke Restoran Me'nate tuh... Dalam hujan renyai tu usung la anak-anak solehah tu.. Memang dah kelaziman, kami tak tinggal anak kat orang walau nak ke mana pun... Jadi, bawa la anak-anak kan.. lagipun tu la cara nak luangkan masa dengan anak-anak sebab dah banyak masa tak terluang untuk diorang kan... 

Ok, sambung cerita... Kami pun menuju ke Restoran Me'nate... Sekali pandang... Mak aiihhh... ramai dan padatnya manusia kat Restoran ni.. hmm... restoran popular kan... memang ramai... penuh orang... tak pe.. cari tempat duduk.. dapat meja no.22 di bahagian luar je.. bahagian dalam dan atas dah penuh orang.. Satu lagi bahagian kedai yang belum siap, pun penuh orang... 

Lepas tak lama duduk, datang pelayan restoran letakkan menu. Tengok dengan blurrrnya... Tapi pernah terbaca la kat beberapa blog... Restoran ni lain sikit caranya... Tak pe lah.. lepas pilih dan tengok menu, panggil pelayannya dan dia datang... 

Kemudian, bila kata nak order je.. dia bagitau la, untuk steak kita kena pilih sendiri nak makan yang mana kat bahagian dalam... muka kami berdua dah berubah dah... ok.. takpe la.. lepas dia terangkan tu... kami pun pandang sesama sendiri... 

Lepas bincang, kami pun bangun dan terus pulang...tanpa buat tempahan pun... 
Kenapa??? sebab prosedur sebegitu sangat menyusahkan bagi kami nak buat pilihan makanan.. Sebab biasa kalau kami makan kami suka bincang suami isteri nak makan apa... jadi, sebab malasnya nak mengusung anak-anak di tengah sesak orang ramai macam tu, kami rela tak makan steak tuh... 

Sumber: google images

Harga tuh, kalau tengok kat menu tu, padan la kot... standart la bagi harga yang lain-lain tuh... sebab harga lain-lain berdasarkan part binatang tu sendiri... 

Pendapat peribadi, kalau nak buat pilihan menu, kena buat stail restoran shushi tuh.. ada meja gerak tuh... baru sesuai la untuk orang anak kecil macam kami yang teringin nak makan steak nih.. Tapi, disebabkan tu, tak pe la tak makan... Tunggu la, anak-anak dah besar baru pergi semula.. tu pun kalau ada rezeki la kan... 

Jadi, tak dapatlah nak review sedap ke tak menunya ye.. tapi majoriti kata sedap la... sampai sanggup makan ribu-ribu kan... Tapi setakat mana sedap tuh, tak dapat nak kongsi sebab tak rasa... Tapi, pengalaman pertama kali pergi dan first impression tuh, buatkan mak kendong anak macam MF ni, tak dapat nak merasa la... Lagipun kami jenis tak suka nak bersesak dengan orang ramai macam tuh... berebut-rebut, berlaga punggung, tersentuh bini laki orang... ohh... tidak la ye...semata-mata nak makan... Jadi, kita balik je la.. 

Masa balik, kami cadang nak makan steak juga kat Top Steak House di Sri Rampai... MF pernah review di sini. Tapi memandangkan hujan makin lebat, dengan anak mula mengantuk, suami kata beli bungkus je la nasi goreng dan balik makan kat rumah... lagi feeling... Jadi, makanlah kami di rumah je.. lagi nikmat... 

Kesimpulannya, konsep restoran Me'nate tu sesuai untuk orang dewasa atau keluarga yang punyai anak-anak dah besar la.. kalau anak kecil ni susah la sikit... melainkan orang tu memang jenis suka bersesak dengan orang ramai... Tapi, disebabkan orang ramai dan konsep restoran camtu, kami tak jadi nak makan... 

Ini pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri... terpulanglah nak terima ke tak ye... Insha Allah, ada rezeki nanti dapat la merasa... Lagipun bukan mengidam benar nak merasa, cuma nak tahu apa yang best sangat dengan restoran ni kan... Jadi, bila dah pergi tuh, ada la pengalaman baru kita dapat kan.. 



psst: Gambar pun ambil dari google images, tak sempat nak snap gambar apa-apa... hmm.. hampa.. 

17Ulasan

  1. owh...tu memang cara biasa kat restoran steak tu kak.. kita kena pilih part mana, tengok and order.. mungkin cara orang kita macam tu tak biasa.. so, agak menyusahkan...apa saya tahu, boleh aje sorang pergi tengok lepas tu order.. tak perlu semua pergi beratur sekali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang boleh pergi sorang.. tapi seperti yang sy katakan dlm entry, first time pergi, kami suami isteri mesti la bincang sama nk makan yg mana kan... xpe la tunggu anak besar la baru pegi pula. insha Allah jika ada rezeki...

      Padam
  2. Salam Mf, bab nak makan dgn anak2 then pi mkan tempat ramai orang, memang pernah saya alami, kebetulan saya ada buat food review Steak yang boleh kita makan kat rumah dan sediakan sendiri, cubalah baca sini :http://cikmatahariku.blogspot.my/2015/11/hidangan-steak-sejuk-beku-lazat-dari.html

    BalasPadam
  3. mungkin pihak restoran menate perlu tambahbaik dengan mengubah konsepnya.. memang susah jika bawa anak-anak kecil makan di sini..

    BalasPadam
  4. pelik juga macam tu.. klu wawa pun better masak kt rumah je.. hehe

    BalasPadam
  5. mcm sy n husband jgk xsuka tmpt yg sesak2, drp mkn kt ctu baik blk je..konsep kita sm..hehe..

    BalasPadam
  6. tak pernah baca lg review pasai restoran ni, kalau saya pon mmg x sanggup nk bersesak gituu..

    setuju dgn style sushi tu. mudah kann customer yg ada anak kecik.

    BalasPadam
  7. lagi2 musim cuti, mmg full house tmpt2 mcm ni.. kalau bawak anak kecik, mmg kena elak tempat sesak.. tunggu anak besar la kak.. senang sikit..

    BalasPadam
  8. saya yg baca ni pun dah rasa kerenyahan nya tu..nk makan tapi kena susah2 pulak memang tak syiok la..hmmm

    BalasPadam
  9. In sha Allah lain kali boleh datang lagi MF..yakin mesti ada hikmahnya..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

    BalasPadam
  10. baru tahu sistem dia macam tu. Setakat ni tak rasa lagi nak makan kat situ..

    BalasPadam
  11. maaf, terus terang, sy tak suka konsep kedai ni. Paling tak suka peniaga/pengusaha mengambil kesempatan dgn harga yg berlipat ganda, amat2 membazir.

    BalasPadam
  12. gitu plak ekk?
    mcm2 la plak kan :) gaya tersendiri.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ