5 Langkah Awal Jika Digigit Binatang Peliharaan!

Maria Firdz
3

Pernah kena gigit dengan haiwan peliharaan??? Sama ada anjing atau kucing... Jika pernah, sila ambil langkah pencegahan untuk elakkan penyakit bawaan anjing atau haiwan peliharaan lain...

Sebab biasanya, jangkitan penyakit ni tak nampak tapi lepas beberapa hari baru nampak bekasnya yang kemerah-merahan dan mungkin akan melarat jika dibiarkan...

Seseorang yang digigit anjing atau binatang peliharaan lain, dinasihatkan untuk ambil langkah terbabit:

1. Basuh luka gigitan dengan sabun dan air selama 10 minit dan sapukan ubat antiseptik seperti ubat kuning Flavin. Balut luka itu dengan pembalut yang bersih.

2. Segera bawa ke klinik atau jabatan kecemasan berhampiran.

3. Memberitahu pihak berkuasa seperti majlis perbandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu mencari anjing atau haiwan itu kerana haiwan itu selalunya akan ditangkap dan dikurung untuk pemerhatian bagi melihat tanda penyakit rabies.

4. Jika pemilik anjing atau haiwan yang menggigit itu diketahui mohon kerjasama pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai haiwan itu termasuk status vaksin dan nama pemilik serta alamat.

5. Pembasuh luka dengan sempurna akan menghalang virus memasuki saluran darah. Jangan panik dan pastikan luka sudah dicuci sehingga bersih sebelum ke klinik atau hospital berhampiran.

Sumber: Harian Metro

Info yang perlu diketahui semua.. Malang tak berbau kan.. Tapi memang takut kalau nampak anjing liar... Setakat ni MF pernah kena cakar dan di gigit kucing je... Memang berbisa... Petua tradisional ... MF sapu dengan aloe vera atau pokok lidah buaya. Insha Allah... Bisa gigit tu akan keluar dan luka cepat sembuh... Tapi untuk gigitan kucing... Kalau anjing yang gigit...mesti ke hospital... Jangan memandai pula nak buat ubatan tradisional.... Nanti takut melarat.


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !